Friday, April 30, 2010

Kongsi Tips - Bagaimana Nak Jadi Insan Cemerlang, Seterusnya Blogger Gemilang

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca FTN. Sepanjang aku buat blog FTN, aku jarang menulis tentang tips-tips. Tak kiralah tips blogging, tips berkenaan nuffnang, tips bagaimana nak masak kari ayam, ataupun tips menukar lampin anak. Aku sebenarnya keliru, sama ada aku perlu menulis semua itu walhal ramai sudah menulis perkara yang sama. Macam redundant pula. Tapi mungkin itu strategi masing-masing untuk mengejar SEO. Biasalah ramai mencari tips setiap hari. Termasuk lah pelayan tetamu di hotel yang mengharapkan tips daripada korang.

Jadi kali ini, tolong beri peluang kepada aku untuk berkongsi satu tips. Bukan tips mengenai blog, nuffnang ataupun jutawan duit. Tapi tips untuk motivasi diri. Tips untuk menjadi insan cemerlang. Sesuai untuk semua golongan, tak kira adik-adik yang rasa nak bunuh diri, ataupun berangan nak jadi Tuan Muda, termasuklah artis yang mengalami masalah rumah tangga.


Teruskan membaca untuk menonton klip video ceramah motivasi ringkas tentang "Cara Menjadi Insan Cemerlang".

Thursday, April 29, 2010

Tak Sabar Nak Tengok Haiwan-haiwan di Zoo Berbicara dengan Lisa Surihani

Sambil-sambil jalan kat youtube sebentar tadi, aku terjumpa satu trailer filem yang terbitan Metrowealth (MIG) yang bakal ditayangkan tak lama lagi. 17 Jun 2010, lagi sebulan lebih je. Tajuk filemnya "Zoo". Sudah tentu cerita pasal Zoo. Tapi disebabkan salah seorang pelakonnya merupakan seorang pelakon cun dan comel bernama Lisa Surihani, maka aku rasa ia patut diberi perhatian yang serius! Pelakon utamanya Lan Pet Pet, yang tengah hangat dengan gambar dia bersama oren-oren Wangi Fabulous Cats. Harap-harap tak berlaku nanti bila promosi filem ini bersama Lisa Surihani. Hehe





Teruskan membaca untuk sinopsis Filem komedi Zoo!

Wednesday, April 28, 2010

Kesedihan Maksimum, Sejarah Lama Berulang Lagi!

Aku tak sanggup menghadapi semua ini..

Tak tertanggung kesedihan di hati ini. Aku lansung tidak sangka ia akan terjadi lagi. Sejarah itu berulang lagi. Ini bukan yang pertama kali, jadi aku rasa sangat sedih dan sukar diolah dengan kata-kata.

Maaf kepada semua pembaca FTN, aku gagal menyediakan entri yang enak untuk santapan korang semua. Sementara aku mencari kembali semangat yang hilang (XPDC), korang praktis lah dulu bahasa jepun di segmen Nihongo 101. Mana lah tahu dapat tackle awek Jepun. Kalau ada yang sudi nak exchange link, nanti bolehlah aku update dekat ruangan khas Link Exchange FTN.

Berbalik kepada kisah sedih aku, terus-terang agak berat nak kongsi puncanya, tetapi....

Nihongo 101 : Cantik, Menarik, Tertarik, Kau memang Lawa (bukan BOM)

Salam sejahtera kepada para pembaca FTN dan penggemar Bahasa Jepun sekalian. Segmen Nihongo 101 kembali lagi di pagi Rabu yang indah; cuaca agak mendung, tapi mentari panas seperti biasa. Kemungkin hujan lagi petang nanti.

Kembalinya Nihongo 101 hari ini bermakna ada lagi perkataan bahasa Jepun yang nak aku perkenalkan kepada semua. Mungkin ramai yang sudah tahu, kerana aku yakin peminat J-Dorama ramai di Malaysia. Maklumlah, perkataan-perkataan ini biasa digunakan dalam dialog seharian. Bukan yang bombastik ya.

Hari ini special sikit. Ada 3 perkataan yang mempunyai maksud lebih kurang. Kita mulakan dengan perkataan yang berbunyi "Kawaii". Selalu dengar bukan? Banyak blog juga menggunakan tag "Kawaii". Sebab apa ya? Sudah tentu maksudnya comel! "Kawaii" bermaksud comel dan sweet.


Hari ini aku cuba taip dalam tulisan Jepun. Tak pasti berapa ramai yang boleh baca. Ini contoh ayat dengan perkataan "Kawaii".

あなたは可愛いですね
Anata wa kawaii desu ne.
[Awak comel]

可愛いドレス
Kawaii doresu(dress)
[Baju yang comel/cantik]

Nostalgia Dengan Geocities, Jejak Kasih Dengan Blog Pertama Aku

Semalam aku terkenangkan website pertama aku buat masa aku masih sekolah rendah dulu. Ketika itu aku tak tahu terma blog. Lagipun aku tak register kat blogspot lagi. Aku cuba search di google, dan terjumpa dengan link ke laman web yang aku buat. Masa itu aku guna hosting di Geocities. Cuba nak klik, tapi lupa pula yang Geocities sudah kaput, dan tutup! Tak dapat aku kongsi bagaimana rupa laman web aku dulu. Zaman itu tiada WYSIWYG html editor. Semuanya kena pakai notepad. Abang aku belajar HTML dulu, jadi dialah mentor aku.

Terjumpa link ke Cari.com.my - 
rupanya aku ada daftar link web aku di sini


Yang aku highlight itu lah laman web personal pertama aku

Segala info tentang laman web itu sudah hilang. Segala data grafik, header dan macam-macam lagi semua dalam hard drive pc lama aku. Jangan tanya kenapa tiada back-up, 10 tahun dulu aku portable hd tidak popular. Flash drive pun tiada lagi kut. Aku pun tak mampu nak beli, maklumlah budak-budak lagi.

Teringat lagi, dalam laman web itu ada maklumat tentang aku, link kepada web-web lain, Guestbook (haha lama tak dengar), dan diari aku (ini aku mula lepas tamat SPM). Gitulah serba sedikit sejarahnya. Walaupun tak dapat tengok laman web, tapi namanya tetap tinggal sejarah.

p/s : ada sesiapa yang masih ingat tentang Pertandingan Mereka Cipta laman peringkat nasional web anjuran MywebTV dan Utusan Megabait? (kalau tak silap lebih 10 tahun dahulu). Aku cuba cari arkib, tapi tak jumpa tentang berita itu. Sebab aku nak imbau kembali sejarah penglibatan aku dalam HTML.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Stephen Hawking kata Makhluk Asing Mungkin Wujud, Aku Percaya 100%

Terus-terang, aku tidak terkejut membaca tajuk akhbar hari ini. Ini dipetik daripada Utusan Online (aku asyik baca online saja, malas nak membeli di kedai). Saintis yang tidak asing lagi, iaitu Stephen Hawking. Punyalah terkenal sampaikan pernah buat cameo appearance dalam The Simpsons dan Futurama.


Eh, eh..lupa pula. Fokus aku sebenarnya pada artikel berita. Bukan saintis Britain itu. Okay, berbalik kepada topik. Sebenarnya bukti kewujudan makhluk asing sudah lama muncul. Sejak dulu lagi pelbagai tanda, objek, dan fenomena berlaku di serata dunia dan mengaitkan dengan kewujudan makhluk asing. Jadi tidak mustahil Stephen Hawking mengeluarkan kenyataan seperti dalam petikan berita tersebut.
LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.

“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.
“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.

Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.
Di Malaysia sendiri, banyak penemuan mengenai kewujudan makhluk asing. Lihat sajalah gambar-gambar. Semua ini diperoleh dari google.

Kononnya ini UFO yang kelihatan di Butterworth, tahun 1979

Sebenarnya aku juga mempunyai koleksi imej makhluk asing di Malaysia. Belum pernah aku kongsi, kerana tidak mahu dijadikan bahan berita, nanti ada yang kata aku gila publisiti atau gambar dibuat-buat.

Tuesday, April 27, 2010

Lately Aku Cepat Rasa Mengantuk Sampai Terlepas Tengok Drama Asmaradana

Punyalah kronik, sampai tengah tidur pun boleh mimpi pasal tidur

Ini kisah benar kawan-kawan. Aku tidak pasti kenapa, tetapi lately aku cepat benar rasa mengantuk. Perkara ini mula aku perasan sejak 1-2minggu yang lepas. Balik je kerja, aku dah mula rasa mengantuk. Tapi masa tengok Adamaya, tak mengantuk pula. Kadang-kadang sampai tersengih-sengih tengok. Mungkin sebab ada Lisa Surihani dan adik Mia Sara kut.

Berbalik kepada masalah aku tadi, lepas habis tengok Adamaya je, mata aku pun jadi kuyu. Mengantuk gila. Kadang-kadang nak tulis blog pun terkantoi, apatah lagi dengan kerja editing aku. Baru edit sikit dah terbongkang aku tidur depan TV. Bangun-bangun je sudah pukul 11 malam. Aduh, miss tengok Tiz Zaqyah. Ini berlaku minggu lepas. Terpaksalah tengok streaming.

Jadi aku nak bertanyakan kepada rakan-rakan blogger sekalian alam, korang tau tak apakah punca-punca kita menjadi cepat mengantuk. Selain penat bekerja (sebab selama ini pun penat juga, tapi takde lah mengantuk macam sekarang). Pemakanan ada menyumbang ke? Ada ke makanan yang bagi mengantuk? Tolong weh, tolong! Aku perlukan tips dari korang!



p/s : aku gembira hari ini. satu lagi goal/matlamat blog ini tercapai. nanti aku cerita kemudian.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Kepada Adik-adik Tak Cukup Umur Yang Merancang Nak Bunuh Diri


BACHOK - Satu lagi kes pelajar cuba terjun dari bangunan sekolah dilaporkan berlaku, kali ini di Bachok, Kelantan.

Puncanya juga sama seperti yang berlaku di Perlis dua hari lalu disebabkan pelajar itu tidak tahan diejek oleh rakan-rakan.

Dalam kejadian semalam, seorang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah dikatakan cuba terjun dari bangunan sekolahnya.

Murid tersebut memanjat koridor di tingkat empat dan menghayun kakinya ke bawah.

Bagaimanapun, cubaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh salah seorang guru.
sumber : Kosmo


Berkisar tentang petikan berita di atas, aku buat kajian untuk adik-adik bermasalah ini. Khas buat adik-adik khususnya daripada sekolah rendah/menengah yang berkeinginan nak bunuh diri atas sebab-sebab berikut :

1. Putus cinta
2. Diejek rakan-rakan
3. Tak cukup duit nak beli PSP
4. Kecewa Lisa Surihani tak nak add Twitter korang
5. Kecewa Tiz Zaqyah tak mahu add Facebook korang
6. Nak glamour mengalahkan Adik Rafiqin serta "Tuan Muda"

Monday, April 26, 2010

Nihongo 101 : Makanan dan Minuman pula

Haiitt!! Konnichiwa! (sebab dah tengahari). Nihongo 101 no jikan desu. Minna jyunbi wa iika?
Hehe. Jangan keliru. Biar aku translate dalam Bahasa Malaysia.

Selamat tengahari!. Tibalah masa untuk Nihongo 101. Adakah semua sudah bersedia? Kalau sudah bersedia, mari kita lihat perkataan-perkataan seterusnya untuk hari ini. Kali ini ini ada tiga perkataan bahasa Jepun yang aku nak perkenalkan. Ketiga-tiga saling berkait. Maksudnya, ada penggunaan karakter kanji yang sama dalam ketiga-tiga perkataan.

Perkataan hari ini ialah "Mono" yang bermaksud barang atau benda. Banyak kegunaan karakter kanji "Mono" ini. Contohnya kita boleh lihat dalam perkataan seterusnya. Ada dua lagi perkataan yang menggunakan "Mono".


Pertama ialah "Nomimono" yang membawa maksud Minuman. Apa saja yang berkait dengan minuman, kita boleh gunakan "Nomimono" untuk mengaitkannya.

Contoh ayat : Ano Nomimono Ga Suki desu. [(Saya) suka minuman itu]
Ano = itu
Nomimono = minuman
Suki = suka


Yang kedua ialah "Tabemono" yang membawa maksud Makanan. Apa saja yang berkait dengan makanan, kita boleh gunakan "Tabemono".

Contoh ayat : Ano Tabemono Ga Oishii desu. [Makanan itu sedap]
Ano = itu
Tabemono = makanan
Oishii = sedap




SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Siapa Yang Rasa Nak Bogel, Boleh Pergi Turki Bermula 1 Mei

ANKARA - Pelancong-pelancong kini boleh menikmati sinaran matahari sambil berbogel di pesisiran pantai Turki bermula minggu depan apabila negara Islam itu membuka sebuah hotel yang membolehkan mereka tidak memakai sebarang pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.
Macam ini punya perkhidmatan pun ada. Jadi aku yakin selepas ini ramai pembogel tegar seperti geng-geng yang buat protest bogel akan berpusu-pusu pergi ke Turki. Sebab ia dah jadi official dan pasti tiada halangan lagi dah. Maka senanglah Spencer Tunick nak cari model-model bogel untuk photoshoot merepek dia tu.

Turki sebuah negara Islam. Mungkin konsep hotel ini tertutup untuk pelancong asing sahaja. Tapi harapannya mereka akan tegas dan hanya memastikan pelancong asing BUKAN ISLAM sahaja. Dan sebaiknya, kekal di dalam kawasan hotel. Jangan pulak lepas ini nak extend sampai luar pantai pula ye. Dengan alasan, ramai sangat orang nak berbogel..kawasan hotel tak cukup luas..haha.

Berbogel bersama ayam Turki di Turki?

Minat Animasi Jepun Yang Comel? Cuba tonton Filem Ponyo


Ponyo atau dalam tajuk jepunnya, 崖の上のポニョ (Gake No Ue No Ponyo) ialah satu lagi karya Studio Ghibli yang terkenal dengan karya-karya fantasi seperti Spirited Away, Princess Mononoke, Tonari no Totoro dan sebagainya. Pengarahnya siapa lagi kalau bukan Hayao Miyazaki. Filem ini sebenarnya mula ditayangkan di Jepun pada 2008. Tapi aku baru berpeluang menontonnya tempoh hari.

Sejak aku kenal dengan karya Ghibli Studios ketika belajar bahasa Jepun dulu, aku akan cuba tonton semua filem-filem animasi dari Ghibli. Tonari no Totoro pertama kali aku tonton ketika di AAJ, Universiti Malaya. Sejak hari itu, aku terpikat dengan gaya animasi Hayao Miyazaki. Ketika di Jepun, stesen TV di sana seringkali menayangkan filem-filem dari Ghibli. Banyak kali tengok pun tak bosan. Ala-ala kita tonton filem P. Ramlee di Malaysia.

Jom baca sedikit sinopsis Ponyo!

Sunday, April 25, 2010

Hari Ini Aku Langsaikan Hutang Pada Seorang Blogger Sambil Berguling-guling

Aku serius ni..hutang tetap kena bayar!! weh serius aku tengah 
serius masa taip ini!! LOL

Relaks. Bertenang. Tak ada apa-apa konflik berlaku disini. Sememangnya aku ada hutang dengan seorang blogger. Tapi bukan gaduh-gaduh punya hutang la. Ini hutang baik punya. Hutang kena tag! Haha. Kan aku dah cakap dalam entri sebelum ini, aku ada hutang satu entri pada Azrul Hisham. Kalau tak percaya, rujuk entri dia bertarikh 14 Mac. Mak aih, lama juga hutang aku tak terbayar. Sorry bro, selalu terlupa..hehe

ini lah hutang dia. meh jawab tag pula

1) Thank and link the person that gave you the award
Terima kasih, Arigatou Gozaimasu, Thank You kepada Azrul Hisham dari Blog Guling-gulingnya kerana memberi anugerah kepada FTN. Ini anugerah pertama sejak blogging dari 2003 (sebelum FTN wujud lagi). Mekasih ye :D

2) Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic
Disebabkan aku lewat, maka aku rasa ramai yang sudah ditag untuk award ini. Jadi aku dengan suka hati ingin memberi award ini kepada semua yang mempunyai blog, semua followers, semua silent readers. Tak lupa juga kepada semua peminat Lisa Surihani dan Tiz Zaqyah. Anda semua layak untuk mendapat award ini. Lihatlah dunia!

3) Contact said blogs and let them know they've won the award
Aku sudah hubungi ramai melalui telepathy. Harap-harap mesejnya sampai. Kalau tak dapat juga, aku akan gunakan khidmat burung merpati untuk menghantar mesej terus ke meja komputer anda semua.

4) State 7 things about yourself:
1. Photography addict
2. I can speak and write in Japanese
3. Video games! Wii, PS2, etc
4. Supports Germany for World Cup
5. Peminat Lisa Surihani (bulan lepas Tiz Zaqyah)
6. Suka makan taugeh
7. Minat kereta Nissan Skyline

Yeah! Lega hati ku lepas selesaikan entri Tag ini. Sekali lagi thanks to bro Azrul kerana sudi pass award kat aku. Maka dengan ini, selesai lah satu lagi entri untuk hari Ahad ini.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Nihongo 101 : Warna-warna Dalam Bahasa Jepun, Midori adalah Hijau!


Ohaiyo Gozaimasu! Nihongo 101 kembali lagi pada hari Ahad. Hujung minggu biasalah waktu berehat di rumah. Kalau tak silap, setiap ahad ada drama Jepun di 8TV jam 3.00 petang. Jangan lupa saksikan. Kalau ikut intisari rancangan hari ini, tajuknya Hana-Kimi special. Mungkin Hanazakari no Kimitachi e Special kut. Nanti kita tengok petang ini.

Mudah saja kali ini, kita tengok terjemahan warna kepada Bahasa Jepun. Seperti yang ada dalam rajah berwarna-warni macam aiskrim Mat Kool di atas. Secara ringkasnya :

Hitam adalah "Kuroi"
Putih adalah "Shiroi"
Hijau adalah "Midori"
Merah adalah "Akai"
Biru adalah "Aoi"
Kuning adalah "Kiiroi"

Selamat berhujung minggu. Sore Jya, mata kondo ne!

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Aku Sempat Test Drive Model MPV Terbaru dari Honda, FREED!


Merujuk entri sebelum ini, aku nak tulis sedikit tentang model terbaru keluaran Honda iaitu MPV kompak eksklusif Honda Freed. Kebetulan selepas selesai urusan di Klang petang tadi, aku sempat singgah ke showroom Honda berhampiran TESCO Extra dekat Shah Alam sebab teringin nak tengok model yang menggunakan platform Honda Fit/Jazz ini.

Aku akan rujuk gambar-gambar dari internet, memandangkan aku xsempat nak snap lebih banyak gambar dekat showroom semalam. Model MPV FREED ini baru saja dilancarkan pada 22hb April untuk pasaran Malaysia. Model FREED yang dijual di Malaysia merupakan CBU yang diimport dari Indonesia. Aku akan review dari segi Exterior, Interior dan Test-drive report.


Saturday, April 24, 2010

Coming Up Next di FTN : Ada Kisah Honda FREED Baru!

Nak preview sikit entri "coming soon" dari FTN. Kalau ada masa, aku akan cuba post malam ini juga. Antara cerita yang hendak diceritakan di hujung minggu ini :

1. Model terbaru dari Honda, MPV Freed! dan review daripada sessi test-drive
2. Kisah kemalangan yang berlaku sepanjang perjalanan aku ke Klang petang tadi.
3. Isu budak-budak desperate nak bunuh diri akibat cinta

Apa pun, aku paparkan dulu sedikit gambar-gambar yang sempat aku rakam guna kamera phone. Biasalah, kualitinya jangan dibandingkan dengan kualiti dari DSLR yang biasa aku guna. Nanti aku akan cerita panjang lebar tentang kereta Honda Freed ini. Review dari observation aku di showroom dan test-drive report. Cewah, nak jadi Paultan.org ke..hehe

Depan FREED memang ganas, tapi aku tak sanggup ambil gambar rear end

Kali Ini Betul-betul Tentang Adamaya dan Asmaradana. Rumusan Minggu Ini

Okay. Pertama sekali, maaf sebab aku berniat nak post tentang Adamaya vs Asmaradana tempoh hari, tapi lain pula jadinya. Macamana boleh tertulis tentang Puaka Hip Hop Gunung Raya itu pun aku tak berapa pasti. Mungkin sebab geram tengok muka versi Paper Mache dia.

Siapa tengok Adamaya kelmarin? Dah makin hangat kisah Maya dan Adam. Tak lupa juga mereka sudah ada anak yang comel bernama Amani (lakonan adik Mia Sara). Walaupun mood cerita sedikit terganggu dengan kisah Shazlin dan mamat sape nama ntah serta Stalker comot dia tu. Wah semua orang nak ada stalker, adakah drama-drama TV3 kali ini semuanya bertemakan stalker? Haha.



Aku Terlambat Tahu, Tapi Mahu Mencuba Nasib - Contest di IKEA

Ini yang aku suka dengan Nuffnang. Walaupun aku tak dapat cek beribu-riban (tak pernah dapat cek lagi), tapi aku dapat info yang bagus. Serta peluang-peluang nak sertai contest yang menarik. Ini aku nak share (pukul canang sikit) dengan semua orang. Mungkin iklan nuffnang sekarang sekejap ada sekejap tak ada. Jadi mungkin ada yang tak perasan iklan ini.

Mula-mula nampak WIN! pastu IKEA

Pastu ada contest untuk design bilik tidur!

Hadiah lumayan pulak tu! baucer RM2000 beb!! 

Jadi aku pun nak mencuba contest ini. Tapi macamana yer? Aku tak pandai design-design interior ini. Belajar pun mekanikal. Ambil gambar aku suka, tapi bukan interior design. Jadi aku pun baca punya baca. Mari kita beramai-ramai cuba sertai contest yang mudah ini.

Friday, April 23, 2010

Petang ada Stalker Sentap, Malam Pulak Stalker Gila. Adamaya vs Asmaradana

Memang pelik. Mulanya aku sangat minat dengan cerita Penunggu Gunung Raya, tapi makin lama makin pelik bin ajaib ceritanya. Dahlah watak puakanya hodoh gila. Masa awal-awal episod, bukan main menakutkan. Suspen dan mengejutkan. Tapi lama-kelamaan bila "watak utama" dah muncul, omaigatt HUDUS sekali. HUDUS dari segi make up nya! Oh tak lupa juga, aku konfius dengan watak nenek dalam gua tu. Dia buat apa dengan Intan? Lain macam je aku tengok.

Plot cerita dah melalut sikit. Mungkin sebab aku menyampah dengan Sumun (betul ke nama dia?) yang sangat sesat dengan penyembahan pokok besar tu. Tambah pula dengan serapah apa kejadah mamat tu baca tiap kali nak bersilat depan pokok. Nenek dalam gua tu pun apa kurangnya, bukan main lagi pakai crown, macam Miss World pula. Kesian aku tengok Intan (Emelda) terpaksa lepak dengan nenek dalam gua. Bukan Gua.com.my.

pelik betul header kat TV3.com.my, cerita seram tapi..ceria semacam ribena

Nihongo 101 : Melihat dan Mimpi

Ohayo!! Hishashiburi desune (lama tak jumpa). Nihongo 101 kembali lagi. Pagi ini nak memperkenalkan dua perkataan kepada korang.  Perkataan pertama ialah "Miru" yang bermaksud melihat. Kanji "Mi" itu berasal dari kanji mata. Jadi bila ada perkataan yang menggunakan atau menggabungkan kanji ini, akan membawa maksud sama ada melihat, melawat, menziarah dan sebagainya.


Perkataan kedua ditujukan khas kepada mereka yang selalu bermimpi (berangan pun boleh, impian pun boleh). Aku nak introduce perkataan "Yume" yang bermaksud mimpi. Jadi bila nak guna perkataan "Yume" ini boleh digunakan dengan perkataan yang baru diperkenalkan tadi iaitu "Miru". Contohnya :

Watashiwa yume miru. (saya melihat mimpi/bermimpi)
Yume aru. (ada impian/mimpi)


*ini struktur ayat sangat asas. Sekadar nak menyampaikan maksud saja.



Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Dah Tahu Tentang Evangelist Program? Benda Baru Dari Nuffnang

haa kan ada tab baru tu!



Dah cuba Evangelist Program? Perasan tak ada icon baru dalam dashboard Nuffnang?
Menurut info di Nuffnang,
Introducing the Nuffnang Evangelist Program, designed and created just so Nuffnangers can keep tabs on the happenings and updates of their esteemed labels.
Ia satu cara untuk peminat mengetahui tentang product terbaru, events, promosi, freebies dan banyak lagi tentang label kegemaran kita. Ini satu program untuk menunjukkan kesetiaan kita pada sesuatu brand/label itu. Macam Die Hard Fans la kiranya ni. Setakat ini hanya ada Evangelist page untuk DIGI. Serba kuning. Jadi sesiapa yang rasa dia peminat setia DIGI, bolehlah join the community. Oh, jangan lupa, Evangelist Program ini khas untuk Glitterati Members sahaja tau.

Program Evangelist ini masih di peringkat BETA. Boleh rujuk FAQ di Nuffnang untuk maklumat lebih lanjut tentang Evangelist.

Kita boleh suggest label/brand kegemaran kita untuk dimasukkan dalam program ini. Jadi submit lah calon-calon anda ke page Evangelist itu! :)

SOURCE : Nuffnang

p/s : sekali-sekala nak jadi promoter. Dapat apa-apa tak? Haha

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, April 22, 2010

Confession of a Lisa Surihani Fan - Lagi-lagi Adamaya Punya Cerita!

gambar dari Mstar

Peh, tajuk entri bukan main. Macam stalker pula. Tapi tidak seperti itu. Aku bukan stalker gila macam Dani lakonan Faizal Yusof tu. Ini sekadar entri daripada peminat Lisa Surihani. Wah, makin hebat penangan Drama Adamaya. Plot makin best. Aku tak pernah tengok I'm Not Single, tak pasti sama ada sama ke tidak jalan ceritanya.

Maya makin comel lepas dia jatuh hati dengan suaminya Adam. Part ketika mereka makan candle light dinner itu memang sweet. Kelakar pun ada, sebab Adam beli mee goreng kat kedai untuk dinner. Gaya manja Lisa memang sweet. Wife aku tengok pun tersenyum-senyum seorang diri. Adam pula sanggup korbankan kerjaya fotografinya untuk isterinya.


Dani dah bertukar dari watak kelakar sengal, kepada watak stalker yang sentap. Dia masih tergila-gilakan Maya walaupun dah berkahwin dan isterinya tengah mengandung. Apa punya lelaki lah. Sampai bila nak berdendam dengan bekas girlfriend? Dah pun jadi milik orang, dah kahwin 5 tahun pun. Takut juga kalau betul-betul ada orang macam ini. Angau tak tentu fasal. Dia siap tuduh Maya pula yang lupa janji. Boleh dia suruh bini dia wakilkan dia waktu konvo, tapi pada masa yang sama dia boleh pegi semata-mata nak mengugut Adam. Tapi Adam maintain cool. Tahap kesabaran dia memang tinggi (lakonan la tapi)

Oh ya, ingat lagi tak ayat Adam masa bertemu Dani? Memang tangkap jiwang. "Dia bagi aku jiwa, kasih, dunia dan akhirat"..peh memang lentok! Ada ke lelaki macam ini kat dunia ni? Hehe.

p/s : dah lama aku tak tulis pasal Adamaya..hehehe.. Aku rasa populariti Lisa macam dah overtake Tiz Zaqyah je...hehehe. Semua sebab Adamaya! Tambah pulak OSTnya kena sangat dengan mood cerita ini.
Layanlah lagu Yang Terindah dari Dakmie!

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Wednesday, April 21, 2010

Kagum Dengan Kesungguhan Mohd Noor Mat Amin - Tahniah 111 kali tawan Kinabalu

Gambar sebelum memulakan pendakian pada 31 Disember 2010
sumber : TheStar

Tahniah diucapkan kepada Mohd. Noor Mat Amin kerana berjaya mencipta rekod dunia setelah berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali, ye kawan-kawan 111 kali!! dalam tempoh masa 111 hari. Siapa tak kenal dengan Mohd. Noor Mat Amin, kerana wajah beliau akan terpampang di Utusan Malaysia setiap kali tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Beliau telah berjaya menamatkan pendakian ke-111 kali pada pukul 11.50 pagi pada 20 April 2010. Hebat sungguh stamina dan kesungguhan Mohd. Noor. Aku belum pernah lagi mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi 4,095m itu. Terus terang, jejak negeri Sabah pun belum lagi (pergh). Nak naik Broga Hills pun tak kesampaian beb! Haha. Kesimpulannya, segala jenis Gunung di Malaysia ni aku belum naik. Bukit Larut je pernah kut.


Ketika tiba di Puncak Kinabalu untuk pendakian ke-111
sumber : Utusan Online


Apa pun, sekali lagi Tahniah! untuk En Mohd. Noor Mat Amin, kerana berjaya melakar sejarah. Bukan semua orang berkebolehan begitu. Apatah lagi pada umur 42 tahun, beliau masih mampu mendaki 111-kali dan mengharungi pelbagai rintangan termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu.

RANAU - Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin hari ini melakar sejarah sebagai manusia pertama menakluk Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari selepas berjaya menamatkan pendakian terakhir tepat pada pukul 11.50 pagi di Gerbang Timpohon.

Ketibaan jurugambar Utusan Malaysia itu bersama jurupandu, Safrey Sumping disambut oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr. Kassim Mansor dan Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan.

SOURCE : petikan berita dari Kosmo

p/s : Aku cuma pernah mendaki Gunung Fuji di Jepun yang setinggi 3,776m pada musim panas tahun 2003. Itu pun ambil masa hampir 6 jam!! Rabak kasut, nasib baik beli murah. Sekali pakai terus buang!

Ini Gunung Fuji ketika musim bunga - penuh salji lagi ni


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

My Version of Grooming Tips

Ini sangat penting. Entri ini sangat penting. Kerana dalam entri ini, aku akan berkongsi satu rahsia peribadi. Lebih rahsia dari rahsia kecantikan Siti Nurhaliza dan SimplySitinya. Kerana tips ini tidak pernah dicatatkan dalam mana-mana laman web, penerbitan buku malah blog juga. Ini kali pertama dibongkarkan.
(warning : ini entry nak masuk contest)

Ini versi aku. Tips-tips menghias diri sendiri. Versi FTN. Baca dengan berhati-hati dan jangan amalkan lansung. Kerana tips-tips yang bakal dikongsi ini belum disahkan oleh WHO. Kita akan periksa satu persatu tips.

Tips #1 : Botakkan Kepala
- Jimat masa
- Tak perlu beli sikat, minyak rambut
- Tak perlu beli cermin
- No one will notice your gray hair, because you have none!

Go Bald Go! 

Tips #2 : Spray Perfume atau Deodorant
- Hilangkan bau mashem badan
- Feel fresh!
- Awek sangkut

Tengok, dia botak dan spray perfume!



Perfume, bukan Febreeze OK?

Tips #3 : Use Aftershave! (A Must for Men)
Okay, okay. Let's get serious. Tips yang sebenar-benarnya aku amalkan ialah pastikan aku menggunakan aftershave setiap kali selepas shaving. Sebabnya, ia dapat menghapuskan bakteria di muka dan menghilangkan kotoran. Dengan aftershave, kita boleh elakkan rashes daripada muncul. Lebih-lebih lagi kalau ada yang end up berdarah lepas shave. Aftershave akan bertindak mengelakkan bendarahan berlebihan. Biasanya aftershave mengandungi natural healing agent seperti aloe yang baik untuk kulit.



Tips #4 : Try Adidas Action 3!!
Cubalah, pasti terasa segar seperti David Beckham!
Dengan 24-jam anti-perspiration protection, serta anti-whitening untuk mengurangkan tompok putih pada pakaian anda. 0% alkohol. Serta penyerapan lembapan extra. Ini satu tips yang aku rasa semua patut cuba.

Adidas Action 3 ya'll!!

Sambil-sambil cuba tips, mari tonton episod-episod Project Alpha Season 2 (ep1-3) :




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 20, 2010

Aisehh..Kahwin Senyap-senyap Juga Ke?


Sebagai wakil rakyat, tolonglah..tolonglah jangan timbulkan berita-berita mengarut macam ini. Aku tak kisah kalau YB itu nak kahwin dengan sesiapa tak kira artis, pelakon dan sebagainya. Tapi buatlah cara yang betul. Ini kahwin pun nak shortcut, dah lah tak nak mengaku. Konon-konon nak jaga hati orang, tapi bila keluar headline macam ini tak kena sama menyusahkan orang?

Seluruh rakyat Malaysia pun susah hati tau, sebab terpaksa baca berita-berita macam ini. Berita yang tak patut masuk suratkhabar pun. Tapi memandangkan anda seorang artis seksi gebu dan wakil rakyat maka ia patut disiarkan. Dah boleh jadi bahan nak bincang kat parlimen.

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi kemudiannya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Ekoran itu, pada 21 Disember 2009, Bung dan Zizie,31, akhirnya mengaku kepada wartawan The Star dan mStar Online bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan di manakah pernikahan tersebut berlangsung.

Aik? Ahli keluarga pun bersubahat ke? Bila kena interview semua kata tak tahu, kan dah kena cap hiprokrit. Tapi tak mengapa, nasi sudah menjadi bubur. Dah mengaku bersalah pun. Lepas ini terpaksalah layan artikel di Metro ke, Sinar Harian ke, Warta Perdana ke, pasti hangat! Haha. Oh kepada artis seksi gebu tu, mungkin dah boleh consider labuhkan kain skirt sedikit demi sedikit. Sebab banyak wartawan nak interview anda lepas ini. Jangan kata silap cutting baju lagi ye!

KUALA LUMPUR 20 April – Dua abang dan adik Zizie Ezette Abdul Samad serta dua rakan Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan Bung Mokhtar melakukan poligami tanpa kebenaran mahkamah.





Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Nihongo 101 : Mereka Yang Tersayang

Ohayo! Kembali lagi dengan satu lagi perkataan bahasa Jepun untuk dikongsi bersama semua. Perkataan hari ini merujuk kepada feedback seorang rakan blogger..Hehe. Perkataan hari ini ialah "Koibito".

Rasanya kalau ada yang boleh membaca tulisan Cina mungkin sudah boleh meneka maksud kanji itu. Perkataan "Koi" itu sendiri bermaksud cinta/sayang. Perkataan "Aishiteru" juga datang dari kanji yang sama (nanti aku cuba huraikan lebih lanjut dalam post akan datang). "Bito" berasal dari perkataan "Hito" yang bermaksud orang. Bila digabungkan dengan perkataan lain, ia disebut "bito"

Jadi, "Koibito" bermaksud seseorang yang disayang/dicintai. Pendek kata, tak kiralah boyfriend ke, suami ke, girlfriend ke, isteri ke pun boleh digunakan perkataan "Koibito"


Contoh ayat :

"Watashi no koibito desu" maksudnya "Saya punya boyfriend/girlfriend/etc" (bergantung kepada siapa yang dimaksudkan)

[Watashi] - saya
[..no] - punya
[Koibito] - orang tersayang

Begitulah perkataan Jepun untuk kali ini. Agaknya yang tengah bercintan-cintun boleh lah berjiwangan dengan perkataan ini. Boleh juga register nama "Sayang" jadi "Koibito" dalam handset pula. Hehe

p/s : Bagi yang faham Bahasa Jepun, ayat-ayat jiwang mereka memang jiwang. Kadang-kadang boleh meruntun jiwa punya jiwang. Kalau sedih memang sedih sangat. Terutamanya macam drama 1 Litre no Namida, Summer Snow, Sekai no Chuusin de Ai Wo Sakebu.


p/s : Sebut pasal drama jepun, coming soon aku akan post entry berkenaan drama-drama Jepun yang menjadi pilihan aku. Kita buat review sikit dan kongsi beramai-ramai.

Flashback Nihongo 101 :
1. Oishii
2. Otoko, Onna
3. Suki
4. Kirai

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Monday, April 19, 2010

Gajet Terbaru Apple iPad - "Now Everyone Can Try"


Apple iPad. Pasti semua sudah pernah mendengar tentang gajet terbaru dari Syarikat terkenal Apple ini. iPad ialah satu generasi baru tablet pc. Saiznya comel. Ramai yang mengatakan ia seperti sebuah iPhone yang dimutasi dan membesar. Heh!

Mari kita lihat ciri-ciri iPad :
1. skrin LCD bersaiz 9.7"
2. Prosessor Apple A4 1Ghz
3. 802.11n wireless
4. Bluetooth 2.1
5. Terdapat speaker dan microphone
6. Accelerometer
7. Display: 1024×768 pixels
8. Bateri selama 10jam

Nihongo 101 : Kirai adalah Benci

Ohaiyo Gozaimasu! (sebut: ohayo gozaimas) Selamat pagi semua. Nihongo 101 kembali lagi. Weekend tempoh hari aku tak dapat update sebab komputer di kampung tak boleh tulis Japanese (tak install language pack).

Okay! Perkataan seterusnya untuk hari ini, berbunyi "Kirai". Maksudnya "Kirai" ialah tidak suka atau benci. Kiranya ini kata lawan untuk perkataan sebelum ini iaitu "Suki".
Contoh ayat

"[..] kirai desu" - bermakna Saya benci [...].

"Onna kirai" - bermakna tidak suka perempuan. gantikan otoko kalau tidak suka lelaki.

Begitulah perkataan Jepun untuk kali ini. Nantikan lebih banyak Nihongo 101 selepas ini!
Jya ne! (maksudnya macam bye-bye versi Jepun)


Dah cuba FormSpring FTN? Tanyalah sebanyak mungkin!

Sunday, April 18, 2010

Update Kejadian Kemalangan Yang Berlaku di KM14.7 Susur Pajam-Nilai (Achik Spin)

Kita dikejutkan lagi dengan berita pemergian seorang artis terkenal iaitu arwah Achik Spin. Achik yang popular dengan lagu-lagu duet bersama Siti Nordiana meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya LEKAS kira-kira jam 6.15petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kereta MPV yang dipandu arwah terbabas lalu merempuh papan tanda di tepi lebuhraya. Akibat rempuhan itu, arwah Achik dan seorang rakan tercampak keluar dari kenderaan. Kereta MPV tersebut terbakar. Achik maut ditempat kejadian manakala rakannya sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian.

Sejak malam tadi, banyak video-video dari saksi kejadian telah diupload ke YouTube. Bagi yang ingin melihat video-video terbabit, boleh layari ke sini. Di blog Sham Ondscene juga ada gambar-gambar keadaan MPV tersebut selepas kejadian.


Keadaan MPV (Estima) yang terbakar selepas merempuh papan tanda
gambar kredit TheStar Online dan MStar Online


Achik Spin meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

p/s : terlihat di TV3 preview episod Jangan Tidur Lagi minggu depan ada menjemput Achik Spin sebagai tetamu. Tak pasti sama ada ia akan tetap ditayangkan atau tidak.

Al-Fatihah kepada arwah Achik, dan takziah kepada ahli keluarganya. Kepada semua rakan-rakan lain, berhati-hati ketika memandu, pandu perlahan, pandu cermat, pandu selamat.

Dah cuba FormSpring FTN?

(Terkini) Achik Spin Maut Kemalangan Ngeri di Seremban



Kali ini memang betul. Di Kosmo Online dan Utusan Online ada berita terkini mengenai kemalangan yang menimpa penyanyi kumpulan Spin yang dikenali sebagai Achik. Achik maut setelah kenderaan MPV (dikhabarkan Estima) terbabas dan terbakar di lebuhraya LEKAS.

Al-Fatihah kepada arwah Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Shari.

Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

SOURCE : Kosmo Online, Utusan Online

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Saturday, April 17, 2010

(Terkini) Betul ke Achik Spin Meninggal Akibat Kemalangan Petang Tadi?


Tapi aku mendapat tahu daripada tajuk-tajuk blog yang tiba-tiba menyebut Achik Spin sudah tiada. Lalu aku google, dan mendapati ada update di Twitter seperti di screenshot. Betul ke Achik Spin meninggal akibat kemalangan petang tadi? Kalau betul, Al-Fatihah kepada arwah Achik Spin.



Nanti aku update lagi lepas dapat berita yang lebih jelas.

---------------UPDATE TERKINI----------------


lebih banyak status tentang Achik Spin. Dikhabarkan meninggal akibat kemalangan petang tadi



Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Related Posts with Thumbnails