Sunday, April 18, 2010

(Terkini) Achik Spin Maut Kemalangan Ngeri di Seremban



Kali ini memang betul. Di Kosmo Online dan Utusan Online ada berita terkini mengenai kemalangan yang menimpa penyanyi kumpulan Spin yang dikenali sebagai Achik. Achik maut setelah kenderaan MPV (dikhabarkan Estima) terbabas dan terbakar di lebuhraya LEKAS.

Al-Fatihah kepada arwah Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Shari.

Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

SOURCE : Kosmo Online, Utusan Online

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Related Posts with Thumbnails