Hati-hati beb, ini semua email penipuan!
Sekarang sudah jadi zaman perbankan secara online. Semuanya boleh dilakukan "on the go". Transfer duit, bayar bil, check statement dan macam-macam lagi. Dan sebab zaman sudah maju, ramai yang nak ambil peluang melakukan penipuan.
Tiap-tiap hari dalam inbox aku pasti ada banyak email yang membuat scam. Terutamanya mengenai perbankan online. Aku pengguna M2u yang aktif. Aku membayar semua bil secara online. Mudah dan cepat. Tetapi kita harus berhati-hati bila mendapat email-email scam kerana sekarang penjenayah siber sudah bijak dan boleh menipu kita dengan mudah jika tidak berhati-hati.
Perhatikan saja email itu, dengan selamba badak menggunakan logo Maybank2u dan menghantar random email kepada aku. Dengan harapan nak mendapat id dan password aku. Jadi apa perlu kita buat bila mendapat email macam ini?
Pertama periksa alamat email sender itu. Kedua periksa link yang terdapat dalam email itu. Ketiga, mark as spam! Keempat, beritahu ahli keluarga lain. Biasanya warga senior mudah tertipu dengan scam ini kerana mereka cepat klik link tanpa periksa. Website yang diklik mungkin sama dengan laman Maybank2u tetapi hakikatnya ia hanyalah cara mereka mendapatkan id dan password.
Jadi kawan-kawan, berhati-hatilah ketika mendapat email yang macam ini. Aku yang bukan pengguna Public Bank, CIMB dan sebagainya pun mendapat email dari mereka.