Friday, April 30, 2010

Kongsi Tips - Bagaimana Nak Jadi Insan Cemerlang, Seterusnya Blogger Gemilang

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca FTN. Sepanjang aku buat blog FTN, aku jarang menulis tentang tips-tips. Tak kiralah tips blogging, tips berkenaan nuffnang, tips bagaimana nak masak kari ayam, ataupun tips menukar lampin anak. Aku sebenarnya keliru, sama ada aku perlu menulis semua itu walhal ramai sudah menulis perkara yang sama. Macam redundant pula. Tapi mungkin itu strategi masing-masing untuk mengejar SEO. Biasalah ramai mencari tips setiap hari. Termasuk lah pelayan tetamu di hotel yang mengharapkan tips daripada korang.

Jadi kali ini, tolong beri peluang kepada aku untuk berkongsi satu tips. Bukan tips mengenai blog, nuffnang ataupun jutawan duit. Tapi tips untuk motivasi diri. Tips untuk menjadi insan cemerlang. Sesuai untuk semua golongan, tak kira adik-adik yang rasa nak bunuh diri, ataupun berangan nak jadi Tuan Muda, termasuklah artis yang mengalami masalah rumah tangga.


Teruskan membaca untuk menonton klip video ceramah motivasi ringkas tentang "Cara Menjadi Insan Cemerlang".




Bagaimana? Rasa bersemangat selepas menonton klip tadi? Sudah tentu berkobar-kobar di hati ingin menjadi insan cemerlang. Bilan kita insan cemerlang, maka automatik kita akan menjadi blogger gemilang kan? Ceria je menaip entri lepas-lepas ini. Seronok bukan? Layan...haha

p/s : Fikir-fikir balik, rasanya aku pun nak tulis juga tentang tips, tapi tips mengenai kamera dan bahasa jepun je lah yang aku mampu buat..haha

SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails