Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Eat My Meatballs, Ape Cerita IKEA?


Hola Hola!

Post kedua hari ini. Mari cerita pasal topik kedua hangat di arena twitterjaya iaitu Meatball IKEA. Kepoh hari ini bila baru-baru ini foodcourt IKEA ditutup dengan tampalan notis berikut :

Photobucket
sumber dari google. tak pasti original source.

Kalau baca notis tu, katanya IKEA secara sukarela nak samak peralatan memasak dengan bantuan/tunjuk ajar pihak masjid. Kononnya ini sebagai langkah nak mengelakkan pra-sangka orang ramai bila timbul isu sijil halal untuk salah satu daripada supplier IKEA.

So havoc plak bila dah ada orang start spreading rumours yang ada babi dalam meatballs IKEA. Aku tak salahkan diorang sebab kalau korang google pun, memang recipe orignal meatball IKEA ada mengandungi babi. Orang putih kata pork. Jadi tak salah kalau secara basicnya boleh timbul keraguan dengan apa yang IKEA hidangkan kat sini.

Whatever pun, kalau betul tidak mengandungi babi untuk meatball versi IKEA Malaysia..harap cepat-cepatlah clarify. Kadang-kadang dah letih nak salahkan siapa. JAKIM selalu komplen kata tak cukup anggota nak memantau semua. Kita pun tak pernah ada rasa tanggungjawab nak laporkan awal-awal. Asal ada je kedai makan..makaannn je. Even takde tanda Halal pun..makaaann jugak. Kan?

Harap-harap cepatlah settle. Macam kes Kluang Kopitiam tu. Dakwa kalau sah ada babi. Lepas tu pegi round check skali TGIF, Chillis, Secret Recipe dan semua skali restoran sewaktu dengannya. Oh jangan lupa kedai Mamak sekali. Lepas tu please make an official announcement kat mainstream newspapers kedai mana yang mendapat pengiktirafan sah Halal dari JAKIM. Dan pemantauan kena la berterusan..bukan bermusim Ok?

Photobucket



untuk rekod, aku baru sekali membedal meatballs tu. Aku tak rajin ke IKEA macam orang-orang lain. Siap jadikan menu meatball ni weekly diet plak.



Saturday, April 24, 2010

Aku Terlambat Tahu, Tapi Mahu Mencuba Nasib - Contest di IKEA

Ini yang aku suka dengan Nuffnang. Walaupun aku tak dapat cek beribu-riban (tak pernah dapat cek lagi), tapi aku dapat info yang bagus. Serta peluang-peluang nak sertai contest yang menarik. Ini aku nak share (pukul canang sikit) dengan semua orang. Mungkin iklan nuffnang sekarang sekejap ada sekejap tak ada. Jadi mungkin ada yang tak perasan iklan ini.

Mula-mula nampak WIN! pastu IKEA

Pastu ada contest untuk design bilik tidur!

Hadiah lumayan pulak tu! baucer RM2000 beb!! 

Jadi aku pun nak mencuba contest ini. Tapi macamana yer? Aku tak pandai design-design interior ini. Belajar pun mekanikal. Ambil gambar aku suka, tapi bukan interior design. Jadi aku pun baca punya baca. Mari kita beramai-ramai cuba sertai contest yang mudah ini.

Related Posts with Thumbnails