Wednesday, April 28, 2010

Nostalgia Dengan Geocities, Jejak Kasih Dengan Blog Pertama Aku

Semalam aku terkenangkan website pertama aku buat masa aku masih sekolah rendah dulu. Ketika itu aku tak tahu terma blog. Lagipun aku tak register kat blogspot lagi. Aku cuba search di google, dan terjumpa dengan link ke laman web yang aku buat. Masa itu aku guna hosting di Geocities. Cuba nak klik, tapi lupa pula yang Geocities sudah kaput, dan tutup! Tak dapat aku kongsi bagaimana rupa laman web aku dulu. Zaman itu tiada WYSIWYG html editor. Semuanya kena pakai notepad. Abang aku belajar HTML dulu, jadi dialah mentor aku.

Terjumpa link ke Cari.com.my - 
rupanya aku ada daftar link web aku di sini


Yang aku highlight itu lah laman web personal pertama aku

Segala info tentang laman web itu sudah hilang. Segala data grafik, header dan macam-macam lagi semua dalam hard drive pc lama aku. Jangan tanya kenapa tiada back-up, 10 tahun dulu aku portable hd tidak popular. Flash drive pun tiada lagi kut. Aku pun tak mampu nak beli, maklumlah budak-budak lagi.

Teringat lagi, dalam laman web itu ada maklumat tentang aku, link kepada web-web lain, Guestbook (haha lama tak dengar), dan diari aku (ini aku mula lepas tamat SPM). Gitulah serba sedikit sejarahnya. Walaupun tak dapat tengok laman web, tapi namanya tetap tinggal sejarah.

p/s : ada sesiapa yang masih ingat tentang Pertandingan Mereka Cipta laman peringkat nasional web anjuran MywebTV dan Utusan Megabait? (kalau tak silap lebih 10 tahun dahulu). Aku cuba cari arkib, tapi tak jumpa tentang berita itu. Sebab aku nak imbau kembali sejarah penglibatan aku dalam HTML.

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails