Monday, April 5, 2010

Adakah Anda Seorang Yang Prihatin?


Adakah korang tahu tentang kempen yang sedang digerakkan oleh akhbar Utusan Malaysia ini? Ia adalah satu langkah kempen kesedaran yang timbul selepas kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini di negara kita. Projek amal itu bertujuan untuk menyedarkan semua mengenai gejala sosial yang merupakan penyebabkan kepada kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.

Ramai bloggers sudah mula memberi sokongan kepada kempen ini dengan meletakkan banner Kami Prihatin di blog masing-masing. Aku pun tak mahu ketinggalan. Marilah bersama-sama menyokong kempen ini, dan harapnya semua yang membaca blog FTN adalah insan yang prihatin.

Lebih banyak maklumat tentang kempen Kami Prihatin di web Utusan Malaysia.

Related Posts with Thumbnails