Bukan Remy Ishak lah!
Tak mahu sehati berdansa!
Err Ini pun bukan!
Yaa, pujaan hatiku!
Sanggup bermadu?
Tiba-tiba saja berita ini hangat diperkatakan hari ini. Sampai ke parlimen pun kecoh tentang gossip yang tersebar ini. Seorang pelakon dikatakan sudah bernikah dengan seorang ahli parlimen dari Sabah. Tak perlu dijelaskan siapa, kerana gambar mereka ini sudah terpampang di banyak portal berita online, malah dalam MHI pagi tadi sudah di tayangkan gambar kedua-duanya dalam sebuah akhbar tempatan.
Teruskan membaca gossip dalam petikan berita di bawah. FTN nak ulas lanjut pun tidak termampu. Layan saja lah!
PETALING JAYA: Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya.
Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.
"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini hari ini.
Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar telah bernikah minggu lalu
Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat sepanjang hari ini.
Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini.
Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang tadi mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.
Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.
"Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie.
Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang semalam dan hari ini beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan.
"Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen.
Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta.
Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.
"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.
Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:
"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya. - MStar Online
KUALA LUMPUR 16 Dis. — Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin hari ini menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.
"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen di sini.
Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang Anggota Parlimen dari Sabah baru-baru ini. - Bernama
SOURCE : Bernama, MStar Online
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan