Tuesday, April 20, 2010

Aisehh..Kahwin Senyap-senyap Juga Ke?


Sebagai wakil rakyat, tolonglah..tolonglah jangan timbulkan berita-berita mengarut macam ini. Aku tak kisah kalau YB itu nak kahwin dengan sesiapa tak kira artis, pelakon dan sebagainya. Tapi buatlah cara yang betul. Ini kahwin pun nak shortcut, dah lah tak nak mengaku. Konon-konon nak jaga hati orang, tapi bila keluar headline macam ini tak kena sama menyusahkan orang?

Seluruh rakyat Malaysia pun susah hati tau, sebab terpaksa baca berita-berita macam ini. Berita yang tak patut masuk suratkhabar pun. Tapi memandangkan anda seorang artis seksi gebu dan wakil rakyat maka ia patut disiarkan. Dah boleh jadi bahan nak bincang kat parlimen.

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi kemudiannya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Ekoran itu, pada 21 Disember 2009, Bung dan Zizie,31, akhirnya mengaku kepada wartawan The Star dan mStar Online bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan di manakah pernikahan tersebut berlangsung.

Aik? Ahli keluarga pun bersubahat ke? Bila kena interview semua kata tak tahu, kan dah kena cap hiprokrit. Tapi tak mengapa, nasi sudah menjadi bubur. Dah mengaku bersalah pun. Lepas ini terpaksalah layan artikel di Metro ke, Sinar Harian ke, Warta Perdana ke, pasti hangat! Haha. Oh kepada artis seksi gebu tu, mungkin dah boleh consider labuhkan kain skirt sedikit demi sedikit. Sebab banyak wartawan nak interview anda lepas ini. Jangan kata silap cutting baju lagi ye!

KUALA LUMPUR 20 April – Dua abang dan adik Zizie Ezette Abdul Samad serta dua rakan Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan Bung Mokhtar melakukan poligami tanpa kebenaran mahkamah.





Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails