Showing posts with label Achik Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Achik Meninggal Dunia. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Update Kejadian Kemalangan Yang Berlaku di KM14.7 Susur Pajam-Nilai (Achik Spin)

Kita dikejutkan lagi dengan berita pemergian seorang artis terkenal iaitu arwah Achik Spin. Achik yang popular dengan lagu-lagu duet bersama Siti Nordiana meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya LEKAS kira-kira jam 6.15petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kereta MPV yang dipandu arwah terbabas lalu merempuh papan tanda di tepi lebuhraya. Akibat rempuhan itu, arwah Achik dan seorang rakan tercampak keluar dari kenderaan. Kereta MPV tersebut terbakar. Achik maut ditempat kejadian manakala rakannya sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian.

Sejak malam tadi, banyak video-video dari saksi kejadian telah diupload ke YouTube. Bagi yang ingin melihat video-video terbabit, boleh layari ke sini. Di blog Sham Ondscene juga ada gambar-gambar keadaan MPV tersebut selepas kejadian.


Keadaan MPV (Estima) yang terbakar selepas merempuh papan tanda
gambar kredit TheStar Online dan MStar Online


Achik Spin meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

p/s : terlihat di TV3 preview episod Jangan Tidur Lagi minggu depan ada menjemput Achik Spin sebagai tetamu. Tak pasti sama ada ia akan tetap ditayangkan atau tidak.

Al-Fatihah kepada arwah Achik, dan takziah kepada ahli keluarganya. Kepada semua rakan-rakan lain, berhati-hati ketika memandu, pandu perlahan, pandu cermat, pandu selamat.

Dah cuba FormSpring FTN?

(Terkini) Achik Spin Maut Kemalangan Ngeri di Seremban



Kali ini memang betul. Di Kosmo Online dan Utusan Online ada berita terkini mengenai kemalangan yang menimpa penyanyi kumpulan Spin yang dikenali sebagai Achik. Achik maut setelah kenderaan MPV (dikhabarkan Estima) terbabas dan terbakar di lebuhraya LEKAS.

Al-Fatihah kepada arwah Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Shari.

Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

SOURCE : Kosmo Online, Utusan Online

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Related Posts with Thumbnails