Oopss..sambut sayang, sambuttt!
Huihs..Pantang sebut malam jumaat, pasti semua terbayang-bayang. Kena pula tengah hujan lebat petang-petang ini. Sejuk aje..Mata pun cepat lena. Oi oi.. kemana tu..
Sebenarnya, kena pulang cepat sebab nak tengok Drama Adamaya di TV3 tu la. Lakonan Lisa Surihani tu. Dia dah nak kena kahwin dengan Adam. Episod semalam dia dah bertunang. Lepas ini tunggu nak kahwin pula. Boyfriend dia pula tak habis-habis dengan aksi kelakar, macam nak menangis tu. Dan ketika kawan Maya pun macam berminat dengan ketampanan Adam. Hehe memang lawak.
Lepas Adamaya, jangan lupa solat maghrib dan isya' lepas tu sebab malam ini ada Penunggu Gunung Raya. Nak tengok apa jadi pada Fauziah Ghous yang dah jadi hantu (tapi tak best) tu.
Oh, yang pastinya malam ini ada Tiz Zaqyah. Tapi episod Asmaradana semalam asyik muka Natasha Hudson pula. Tiz pula sudah mengandung yang kedua. Harap-harap malam ini banyak sikit plot tentang Azizah..hehe
p/s : Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN