Tuesday, April 6, 2010

Menulis vs Bercakap; Jangan Mudah Salah Tafsir

 vs

Menulis blog bukan semudah yang disangka. Apa yang ditulis mudah disalah tafsir oleh pembacanya. Ini kerana cara penyampaian penulis tidak semestinya sama dengan gaya pembacaan mereka yang membacanya. Secara ringkasnya, intonasi yang berbeza boleh membawa maksud yang berbeza.

Kita ambil contoh mudah. Perkataan [Okay] boleh dibaca dengan banyak cara.

Okay? Okay! Okay..
Itu pun sudah 3 nada yang berlainan.


Begitu juga bila membaca ayat [Apa masalah kamu]
Ada pembaca yang fikir penulis sedang marah. Ada juga yang rasa penulis sedang bertanyakan soalan. Ada juga yang anggap penulis sedang mengeluh. Menarik bukan?

Kadang-kadang kita cepat terasa bila membaca penulisan orang lain. Timbul pelbagai persoalan dalam kepala, "apakah aku yang dia maksudkan?", "dia perli aku ke?" dan sebagainya. Tetapi sebelum membuat apa-apa kesimpulan, eloklah dibaca sesuatu penulisan itu beberapa kali. Mungkin maksudnya baik, dan ia ditulis dalam nada yang baik-baik. Jadi tidak perlulah kita berasa gusar, dan "demotivated" dengan kata-kata itu tanpa usul periksa.

Pada pendapat aku, itulah antara cabaran ketika menulis. Berbeza apabila kita bercakap kerana pendengar kita boleh mentafsir dengan jelas daripada intonasi percakapan. Itu dalam perbualan telefon, kalau secara "face to face" pula ditambah lagi dengan "body language" dan mimik muka yang menerangkan emosi ketika bercakap.

Menjadi penulis bukanlah mudah. Walaupun aku bukan seorang "avid reader" buku dan novel, tapi aku "salute" para penulis yang gigih menghasilkan karya untuk bacaan umum. Macam rakan blogger aku si Zara. Rajin menulis. Banyak betul idea dia.

Apapun, blog adalah milik peribadi masing-masing, dan terpulang kepada korang macamana nak sampaikan kepada umum. Seperti juga blog FTN aku ini. Walaupun isinya agak cacamarba, tapi ada kalanya aku teringin nak ajak pembaca berdiskusi bersama-sama. Sesuai dengan tagline FTN "Don't Judge The Content by It's Header"

Haha! :p

p/s : gambar belas ihsan google.com

Related Posts with Thumbnails