Saturday, April 3, 2010

Kenapakah Wahai Adik Halimaton Yang Pintar?

Macam tu ka tenung muka ibu? Garangnyierrr
LANGKAWI: Perbincangan selama tiga setengah jam antara keluarga pelajar, Halimaton Abd Rashid, 15, dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, di sini, yang berakhir awal pagi semalam, mencapai kata sepakat bersetuju pasangan itu berkahwin dalam tempoh terdekat.
Dah baca? Apa perasaan korang semua? Sayu melihatkan seorang ibu yang dipinggirkan oleh anaknya semata-mata hendak bersama kekasihnya. Ia menjadi perbualan hangat di seluruh negara kerana Halimaton baru saja berusia 15 tahun, manakala kekasihnya, Mohamad Noor baru 19 tahun.


Aku pasti ramai yang kurang faham mengapa Halimaton begitu beria-ia nak berkahwin sehingga sanggup melarikan diri dari rumah kerana hendak bersama kekasihnya itu. Sebab aku pun tak paham. Apa yang begitu hebat sehingga MESTI berkahwin dengannya pada usia begitu? Takkan tak boleh tunggu sehingga habis belajar. Dilaporkan adik Halimaton mengugut untuk tidak pulang ke Baling, sekiranya tidak diberi restu perkahwinan mereka. Sehingga membuat laporan polis terhadap keluarganya sendiri. Itu yang berlaku minggu lepas. Tetapi berdasarkan laporan terbaru, kedua keluarga akhirnya terpaksa akur dan bersetuju untuk mengahwinkan mereka setelah berunding selama tiga jam setengah.

eja pun tak betul, dah nak kahwin? cet
Normah yang hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarga selepas perbincangan peringkat pertama berkata, walaupun reda beliau sedih dengan kejadian itu.

“Mak cik pun dah tak tahu nak cakap apa. Mak cik tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya yang mengaku tertekan apabila Halimaton bertegas enggan pulang ke Baling selagi hasratnya berkahwin dengan Mohamad Noor tidak ditunaikan.
Sampai nak pengsan ibunya. Sudah tentu ibunya berkeras tidak mahu anaknya itu berkahwin dalam usia muda. Belum cukup matang nak membina keluarga. Bagaimana dengan perbelanjaan harian? Aku tak pasti sama ada pasangannya itu sudah bekerja atau tidak.

Perkara-perkara yang menimbulkan tanda tanya :
1. Halimaton berusia 15 tahun tetap hendak kahwin dengan lelaki (dikenali sebagai Adam) walau apa sekalipun. Romantik sangat! (ewahh ecehhh)
2. Halimaton masih bawah umur. Dan sekiranya perkahwinan ini berlaku, kemungkinan akan datang lebih ramai pelajar bawah umur akan memberontak dan menggunakan cara yang sama untuk berkahwin. (pioneer = Halimaton).
3. Keluarga pihak lelaki yang memberi perlindungan kepada Halimaton. Tidakkah mereka memahami perasaan ibu dan bapa Halimaton yang mahu anaknya pulang ke pangkuan keluarga? Tiada perasaan?
4. Halimaton setuju untuk meneruskan pelajaran selepas berkahwin, tetapi mampukah mereka? Dia akan menghadapi PMR tahun ini, dan SPM dua tahun lagi. Hmm, kalau mengandung?

Apa-apa pun yang terjadi, aku harap kedua-dua Adik yang "tak sabar-sabar" nak kahwin ini (sebab jauh lebih muda dari aku) berfikir panjang sebelum buat sesuatu. Kena ingat perkahwinan itu bukan mudah dan memerlukan restu kedua ibu dan bapa. Perkahwinan itu bukan sekadar ikatan dengan isteri, tetapi seluruh keluarganya.

Kepada adik Halimaton, kamu seorang pelajar yang pintar. Sudah tentu pemikiran kamu jauh lebih baik. Fikirlah tentang ibu kamu. Susah senang, mereka juga yang kamu cari. Apa pun, Semoga kalian berbahagia lah.

p/s : nak kahwin nanti perlu photographer tak? ramai berminat..hehe. Oh ya, adik Halimaton sekarang jurukamera tak pakai Kodak dah. Zaman digital dah tau.

sumber : Berita Harian

Related Posts with Thumbnails