Friday, February 26, 2010

Drama Penunggu Gunung Raya mungkin Kisah Benar...erkk!

Semua pasti sudah mengetahui kisah drama seram terbaru TV3 iaitu Penunggu Gunung Raya. Episod pertama minggu lalu pasti menjadi bualan ramai orang. Tak kira makcik di pejabat kerajaan, eksekutif di syarikat swasta, termasuklah kanak-kanak bawah umur yang bercerita sewaktu rehat pagi di sekolah. Rata-rata semua setuju bahawa kisah kali ini memang seram. Ada yang berani mengatakan ia lebih hebat dari drama-drama seram sebelum ini seperti Jangan Tegur, dan Kekasihku Seru (ni feberet nih). Ingat lagi scene mayat bercakap dalam lori dengan Fauziah Gous? Scene Emelda di Hospital dengan makcik yang bercakap pasal hantu? Serius beb, ada member aku cakap meremang 5 helai bulu roma kat tengkuk dia..(Level 5 punya ketakutan tu)

Jadi, kita tolak dulu kisah episod satu. Aku cuba menjejaki Gunung Raya ni. Dengan bantuan rakan baik semua iaitu Google, aku cuba mencari kesahihan gunung yang menjadi perbualan semua. Ini antara yang aku jumpa. Mungkin boleh menyelesaikan misteri ini. Tapi tak pasti sejauh mana infomasi ini boleh diguna pakai. Bersedia untuk diselubungi misteri.... (bergema sampai fade)

Tak habis lagi..teruskan membaca Misteri Gunung Raya




Gunung Raya dekat Langkawi??

tu lah dia Gunung Raya..besar kan?


Ya kawan-kawan. Gunung Raya terletak di Langkawi. Lawa jugak tempat ni. Nama pun destinasi pelancongan. Mesti la cantik kan? Tapi apa kaitan cerita seram TV3 dengan tempat ini?
Memang takde kaitan pun. Aku tengok kat drama tu, disebut lokasi kat Selangor. Jadi memang takde kaitan. Hahaha. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat tahu Gunung Raya terletak di Pulau Langkawi. Haa, tak sia-sia korang baca. Dapat belajar geografi sikit.

Apa pun, drama Penunggu Gunung Raya episod 2 sudah pun ditayangkan semalam. Daripada apa yang aku baca dan lihat, drama ini mengisahkan 4 orang kanak-kanak yang pernah berkawan ketika kecil dan berada di tempat yang sama iaitu di Gunung Raya (bukan Langkawi). Mereka selalu di buli oleh Damak, anak ketua kampung. Kat tempat permainan mereka itu ada satu telaga berhantu dimana mereka berempat telah bersetongkol dan memperdayai Damak dan dia terjatuh kedalamnya. Darah budak itu, telah menghidupkan syaitan jahat (penunggu la ni) dalam telaga itu.

Orang kampung dan Lebai Awang telah berjaya bertarung dengan hantu penunggu itu dan keempat budak tadi hilang ingatan tentang kejadian tersebut. Bila mereka dah besar, bapak Damak tu tak puas hati dan ingin membalas dendam kematian anaknya. Dia menyeru kembali penunggu itu. Ini boleh dilihat dalam episod 2. Kalau tak silap aku, yang menari-nari pakai topeng tu bapak Damak. Pelik gak tarian dia, ala-ala shuffle pun ada.

Sekarang ni, keempat-empat budak (yang dah besar hensem dan cun) sudah kembali ke kampung itu. Maka bermula lah kisah pertarungan lelaki dirasuk hantu dengan mereka berempat. Kena tengok episod seterusnya la nampaknya.

Zizan Nin sebagai Azam
penulis novel seram yang dihantui jelmaan x-gf yang bunuh diri

Emelda sebagai Intan
seorang wanita muda yang baru kematian suami akibat di bunuh

Sahee D sebagai Omar
pemaju hartanah yang gila duit

Fauziah Gous sebagai Mas
perempuan simpanan yang baru bunuh sugar daddy dia


Teruskan menyokong drama tempatan!

SOURCE : Gambar dari Mstar Online

3 feedbacks:

paraxixth said...

ngarut!

zac zirwan said...

btol la..episod ptama pon aku da suke..

نور شهداٴ بنت زيدي said...

eh..btollah..cter best gak owh..
masa tgok episod prtama..
pown dah jtuh cinta..
ngan cter nie..
haha..

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails