Friday, April 16, 2010

Esok Ada Gatsby Deodorant Street Fair di Berjaya Times Square, Tapi...


Esok hari Sabtu. Hari Sabtu yang bertarikh 17hb April 2010. Apa kena mengena semua itu? Ya kawan-kawan, esok akan berlansung satu acara yang meriah dan gilang-gemilang di Berjaya Times Square! Acara apa lagi, sudah tentu Gatsby Deodorant Street Fair yang sedang hangat diperkatakan itu!

Banyak acara-acara best bakal diadakan. Dengarnya lebih 400 bloggers akan berada di sana. Acara itu juga dengarnya bakal dicatatkan dalam Malaysia's Book of Records sebagai acara yang mengumpulkan paling banyak bloggers! Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi, jadi jangan lupa datang awal. Kalau tak nak tunggu sampai pukul 5 petang, bloggers boleh pulang awal sebaik saja kiraan untuk Malaysia's Book of Records selesai.

Sungguh Fun bukan?? Itu baru baca saja, agaknya esok pasti meriah. Tapi aku tak dapat menghadirkan diri. Sudah 2 kali event Nuffnang yang aku tak dapat join. Timing selalu tak kena. Sedih sedih..tapi apakan daya. Tak ada rezeki untuk turut serta. Kena tunggu event lain selepas ini pula.

Jadi terpaksa la aku tunggu untuk baca laporan di blog-blog korang semua tentang kemeriahan acara itu..

relax der..jangan sedey sangat..lepas ni confirm 
banyak lagi event dari Nuffnang


p/s : kalau lihat di komen-komen nuffnang, tidak digalakkan membawa anak-anak kecil. Street fair ini "not child friendly". Mungkin terlalu ramai..risau ada yang hilang anak pula. Apa pun kepada yang pergi, selamat bergathering!


Dah cuba FormSpring FTN?

Related Posts with Thumbnails