Thursday, April 15, 2010

Kalau Drama Adamaya Ada Versi Jepun, Mesti Ramai Peminat Lisa-chan!

Nasib baik sepak atas sikit, kalau tak...

Hebat penangan Drama Adamaya di TV3. Buktinya, ramai yang tak sabar-sabar nak tonton sambungan drama itu setiap petang. Lihat saja di gengblogger, twitter dan sebagainya, semua berbicara tentang Drama Adamaya. Kenapa ya? Nampaknya sekarang ini dah jadi musim Lisa Surihani. Nama Lisa semakin menjadi sebutan. Lepas dia beraksi ganas sebagai Kamsah dalam filem Rempit V3, kini dia muncul di kaca TV, 4 kali seminggu dalam slot Akasia TV3.

Kenapa Drama Adamaya best? Aku pun tak berapa pasti. Terus terang aku belum pernah menonton filem yang menjadi asas drama ini iaitu "I'm Not Single". Tapi drama ini benar-benar menarik perhatian. Jalan cerita yang ada unsur komedi disamping lakonan selamba dari Lisa dan Sein Ruffedge memang berkesan.



Tidak mustahil kalau cerita ini dibuat dalam versi pelbagai. Macam filem Papadom yang sekarang sedang giat buat pengambaran untuk versi Tamil. Contohnya macam cerita Taiwan yang dijadikan versi Jepun dan Korea atau sebaliknya. Agaknya kalaulah Drama Adamaya jadi drama Jepun, pasti budak-budak lelaki di Jepun terjerit-jerit "Risa-chan!, Risa-chan!" (Jepun tak reti sebut L, takde sebutan L dalam huruf Jepun)

"Nama saya Lisa Surihani~ Jangan Lupa Tonton Adamaya"

Hari ini memang super-thursday. Drama Adamaya waktu petang, sambung dengan Penunggu Gunung Raya dan Asmaradana. Wah memang hebat TV3!

p/s : Nampaknya Lisa Surihani > Tiz Zaqyah ...OMAIGAT!

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Related Posts with Thumbnails