Saturday, April 24, 2010

Aku Terlambat Tahu, Tapi Mahu Mencuba Nasib - Contest di IKEA

Ini yang aku suka dengan Nuffnang. Walaupun aku tak dapat cek beribu-riban (tak pernah dapat cek lagi), tapi aku dapat info yang bagus. Serta peluang-peluang nak sertai contest yang menarik. Ini aku nak share (pukul canang sikit) dengan semua orang. Mungkin iklan nuffnang sekarang sekejap ada sekejap tak ada. Jadi mungkin ada yang tak perasan iklan ini.

Mula-mula nampak WIN! pastu IKEA

Pastu ada contest untuk design bilik tidur!

Hadiah lumayan pulak tu! baucer RM2000 beb!! 

Jadi aku pun nak mencuba contest ini. Tapi macamana yer? Aku tak pandai design-design interior ini. Belajar pun mekanikal. Ambil gambar aku suka, tapi bukan interior design. Jadi aku pun baca punya baca. Mari kita beramai-ramai cuba sertai contest yang mudah ini.


Mula-mula download dulu software IKEA Home Planner versi 2010. Hanya klik download di laman web IKEA. Size tidaklah begitu besar. Cuma 27mb. Sekejap saja download dengan Streamyx. Lepas itu, install ke dalam PC. Dan bolehlah mula design dengan software ini. Syarat-syarat contest ini mudah saja, hanya perlu guna software Home Planner, dan reka interior design bilik tidur idaman!

Inilah rupa software Home Planner IKEA

Ini contoh bilik idaman aku. Ini plan view. 2D dari atas

Kita cuma perlu sediakan size bilik tidur, boleh adjust mengikut size dan bentuk bilik. Kemudian kita cuma perlu select dan drag item-item dari katalog IKEA di bawah ke dalam bilik tidur idaman kita. Susun dan gunakan kreativiti kita sebaik mungkin!

Drag saja ke dalam layout


Jangan lupa, dalam almari pun boleh susun atur!

Ini contoh bilik tidur yang dah diisi dengan perabot. Yang menariknya Home Planner ini, kita boleh view secara 3D! Kita boleh bayangkan bagaimana keadaan asal nanti. Memang hebat. Tak perlu guna PC khas untuk view secara 3D ini.

Lepas dah siap susun atur perabot segala, kita cuma perlu save file dalam format *.fpf, dan upload di website IKEA. Kalau tak reti nak guna software ini boleh rujuk sini. Apa lagi jom la cuba nasib. Aku pun sedang mencuba. Tarikh tutup 2hb May!


SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails