Tuesday, April 13, 2010

Pertama Kali Dapat Invitation Dari Nuffnang!...Tapi Malangnya

Filem Date Night Lawak Ghiller Babeng!

Tak sangka dapat satu email yang sangat menggembirakan aku. Sebab bila aku tengok column "From", aku dapati nama Nuffnang dengan jelas disitu. Apa lagi aku pun teruja nak baca. Oh, aku dapat invitation dari Nuffnang!! Nampaknya entri aku mengenai Date Night tempoh hari mendapat tempat di hati Nuffnang.

Tapi alangkah sedihnya bila melihat tarikh screening filem Date Night itu yang jatuh pada 13hb April 2010 bersamaan hari Selasa. Kenapa? Sebab aku sedang berada jauh di "oversea" dan tidak mungkin dapat turut serta dengan geng Nuffnangs lain. Jadi aku dengan rela hati sudah pun membalas email itu dan sudi memberikan slot kepada orang lain. Tidak mengapa tiada rezeki nampaknya.

Sebenarnya aku sudah menonton filem Date Night semalam. Bagaimana ceritanya? Sangat kelakar sekali. Apa lagi yang boleh diharapkan bila Steve Carell beraksi. Aku tak mahu beritahu jalan ceritanya sekarang, mungkin esok lusa selepas aku pulang ke rumahku syurga ku nanti.

Apa-apa pun, aku berani kasi rating filem ini, 18 ekor Orang Hutan!!

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Related Posts with Thumbnails