Friday, April 16, 2010

Berhati-hati Di Dapur, Tong Gas Boleh Meletup - Kejadian di Taman Impian

gambar dipinjam dari Kosmo

Berhati-hati ketika di dapur. Pastikan segala peralatan selamat digunakan. Terutamanya tong gas dan salurnya. Pastikan tiada berlaku kebocoran. Gas amat merbahaya jika kita cuai. Tetapi punca kenapa berlakunya letupan itu masih belum dikenalpasti. Agaknya tong gas ada tiruan juga ke?

ALOR SETAR 15 April - Sepasang suami isteri melecur setelah tong gas di dapur rumah mereka di Taman Impian, Kota Sarang Semut di sini meletup petang semalam.

Kejadian berlaku pukul 6.45 petang mengakibatkan Yusni Othman, 35, dan isterinya, Che Nah Abdul Rahman, 40, melecur di muka, tangan serta badan.

Pasangan suami isteri itu bernasib baik kerana hanya bahagian dapur rumah mereka terbakar dalam kejadian itu.


SOURCE : Petikan dari Utusan Online

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Related Posts with Thumbnails