Venue Perlawanan semalam : Old Trafford
Okay geng, semalam aku berkesempatan menonton perlawanan EPL yang sangat dinanti-nantikan iaitu antara Manchester United dan Chelsea. Dua pasukan yang sedang merebut tangga teratas liga. Yang pasti perlawanan menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan yang sudah pasti mahukan kemenangan.
Aku berkesempatan ke Old Trafford kali ini untuk menyaksikan perlawanan secara lansung. Sempat juga aku merakam beberapa keping gambar untuk tatapan semua.
Masa ini Chelsea mendahului 1-0 jaringan Joe Cole
Drogba selepas menjaringkan gol kedua Chelsea
Oh dah tamat, jurulatih Chelsea, Anchelloti bersalam-salaman
Terang lagi bersuluh; Chelsea 2 Man U 1
Memang best perlawanan semalam. Puas aku dapat duduk kerusi hadapan sekali. Siap makan stew daging sama nasi himpit. Tak lupa juga hidangan dendeng dari Muar.
Tidur yang lena sudah pasti.