Salam. Berbekalkan ilmu bahasa Jepun yang aku pelajari semasa berada di sana beberapa tahun dahulu, aku ingin memulakan satu segmen (ewah macam rancangan tv pula) baru di blog ini. Nihongo 101 : Mari Belajar Bahasa Jepun. Tujuan utama untuk aku ingat kembali apa yang aku belajar dahulu, lama sudah tak guna sejak bekerja. Yelah, jarang berjumpa dengan orang yang boleh berbahasa Jepun. Setakat menonton J-Dorama yang aku beli di Speedy Video ataupun download. Sambil-sambil itu, aku nak kongsi dengan semua. Walaupun sedikit, mana tau berguna satu hari nanti ye tak?
Jadi untuk mengimbas kembali sedikit sebanyak (mengasah balik bahasa Jepun aku yang berkarat), aku adakan entri sebegini. Sebagai entri pertama, mari kita lihat perkataan pertama.
Hari ini kita tengok perkataan yang berbunyi Oishii. Maksudnya sedap. Kalau yang minat tengok anime atau J-Dorama, perkataan ini pasti selalu didengar. Bagi orang Jepun, mereka pasti memuji makanan yang sedap dengan menyebut Oishii lepas menjamah makanan. Kanji bagi perkataan Oishii seperti yang ditulis di bahagian tengah (tulisan paling besar). Kalau yang boleh membaca kanji, dua simbol itu membawa maksud "cantik" dan "rasa". Dengan kata lain, rasa yang cantik = sedap!
Ini saja dulu sebagai permulaan. Aku akan tambah dari masa ke semasa. Boleh juga request kalau ingin tahu perkataan-perkataan lain. Jangan tanya perkataan lucah sudah.
Sorejya, mata ne!
>> Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN