Monday, April 26, 2010

Minat Animasi Jepun Yang Comel? Cuba tonton Filem Ponyo


Ponyo atau dalam tajuk jepunnya, 崖の上のポニョ (Gake No Ue No Ponyo) ialah satu lagi karya Studio Ghibli yang terkenal dengan karya-karya fantasi seperti Spirited Away, Princess Mononoke, Tonari no Totoro dan sebagainya. Pengarahnya siapa lagi kalau bukan Hayao Miyazaki. Filem ini sebenarnya mula ditayangkan di Jepun pada 2008. Tapi aku baru berpeluang menontonnya tempoh hari.

Sejak aku kenal dengan karya Ghibli Studios ketika belajar bahasa Jepun dulu, aku akan cuba tonton semua filem-filem animasi dari Ghibli. Tonari no Totoro pertama kali aku tonton ketika di AAJ, Universiti Malaya. Sejak hari itu, aku terpikat dengan gaya animasi Hayao Miyazaki. Ketika di Jepun, stesen TV di sana seringkali menayangkan filem-filem dari Ghibli. Banyak kali tengok pun tak bosan. Ala-ala kita tonton filem P. Ramlee di Malaysia.

Jom baca sedikit sinopsis Ponyo!
Hayao Miyazaki; Pengarah Filem Animasi yang paling berjaya di Jepun

Ponyo mengisahkan tentang seekor ikan emas betina yang mempunyai keinginan untuk bertukar menjadi manusia selepas bertemu dengan Sosuke, budak lelaki berumur 4 tahun yang menyelamatkannya dari dalam sebuah balang. Ponyo menggunakan magik dan telah menyebabkan dunia menjadi huru-hara. Filem Ponyo mengisahkan perjalanan Ponyo dalam hasratnya menjadi manusia dan mencari Sosuke.

Ilustrasi dari Gibli Studios memang comel dan tidak pernah menghampakan. Banyak mesej-mesej tersirat yang cuba disampaikan dalam filem animasi ini. Kepada yang meminati animasi Jepun, terutamanya filem seperti Tonari no Totoro, Spirited Away dan lain-lain, pastikan korang dapatkan filem Ponyo. Sangat menghiburkan!

Related Posts with Thumbnails