"Semua salah saya kerana asyik sibuk sehingga terlewat menghadiri sesi ukur baju. Akibatnya gaun yang sepatutnya berada di paras lutut sudah berubah ke paras paha pula," ungkapnya.
Luah Zizie lagi, meskipun dia selesa dengan imej seksi semasa zaman anak dara kini, dia mahu melakukan perubahan terhadap imejnya secara perlahan-lahan.
"Niat di hati, saya sudah tidak mahu berpakaian seksi. Saya tidak cakap akan berubah sekelip mata atau secara drastik. Saya mahu perubahan itu berlaku perlahan-lahan."
Wah, sibuknya. Sampai nak ukur baju pun terlewat. Paras lutut jadi paras paha. Alasan yang sangat munasabah! Cet. Cakap sajalah nak pakai seksi. Nak tunjuk paha. Apa susah sangat sampai nak reka alasan-alasan mengarut macam tu?
Bacalah lagi sambungannya itu. "Niat sudah tidak mahu pakai seksi". Aiseh, ini pun satu lagi cliche lah cik puan datin. Semua setakat nak cerita niat tapi sampai tua pun masih tak sedar-sedar diri tu seksi tak boleh nak cakap apa lah. Tambah-tambah lagi kalau pasang alasan suami yang bagi restu pakai seksi. Ini lagi tak boleh blah.
Jadi bila artis cakap nak berubah secara perlahan-lahan, aku pun buat prediction, macamana pemanjangan skirt akan berlaku. Agaknya boleh pakai tak?
p/s : satu lagi yang buat orang bosan; Nak pakai tudung pun perlu announce satu Malaya ka?
Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN