Thursday, April 1, 2010

Trafik 4 Digit, Berjaya atau Tidak? Motivasi Buat Diri Sendiri

Entri ini sedikit panjang, kerana panjang ceritanya. Kisah perjalanan blog FTN yang berusaha mencari trafik. Kalau takut tak sempat, tontonlah Drama Penunggu Gunung Raya dulu, lepas tu baru sambung baca.

Ingat lagi entri aku semalam? Ia bermula bila aku perhatikan trafik ke blog aku tidak putus-putus sejak awal pagi semalam. Terus-terang aku SANGAT terkejut, kerana blog FTN biasanya mendapat trafik sekitar 100~150 saja. Itu pun sejak seminggu lepas dan mesti ada entri sekurang-kurangnya 3-4 setiap hari.

yeah yeah! gambare~


Tetapi sesuatu yang luarbiasa (bagi blogger baru seperti aku) berlaku sejak 30hb Mac. Trafik melebihi 200! Wah, teruja sungguh aku. Daripada purata 30 visitor sehari sejak FTN bermula sehinggalah awal bulan Februari, bila trafik mula naik sedikit demi sedikit. Semua ini sejak aku mula merajinkan melawat blog-blog (blogwalking), mencuba tips dari bloggers (eyriqazz, melz, kak jie, ariffshah dll), aktif di forum GB dan bermain dengan keywords. Syukur, matlamat untuk mendapat 100 visitors setiap hari berjaya dicapai dalam bulan Mac.

visitor paling aktif waktu tengahari, blogwalking waktu lunch?

Dari situ, aku mula yakin bahawa tidak mustahil untuk menarik trafik ke blog. Selagi kita menulis blog dengan gembira dan menggunakan cara yang betul (bukan spam tak tentu hala), trafik pasti datang. Apa yang berlaku 30hb itu tidak dijangka lansung. Aku cuma menempel 2 tajuk yang membawa trafik ke blog FTN iaitu berita mengenai Din Beramboi dan kejadian di stesen minyak. Dan yang menariknya, post mengenai kejadian di KB Mall juga masih menarik trafik.

Okay, berbalik mengenai entri semalam. Aku berjaya mencapai 4 digit trafik buat pertama kali dalam sejarah aku blog. Mungkin biasa bagi ramai top bloggers, tapi ia sesuatu yang mengujakan bagi aku. Ia mungkin berlaku sekali saja, tapi cukup memberi motivasi kepada aku. Dan harapnya kepada semua blogger lain juga. Walaupun dari segi earnings lansung tidak memberi kesan (kerana aku tiada buffered earnings), tapi takpe pelan-pelan kayuh ;)

ini aku akan simpan sebagai motivasi

Seronok blogging ini rupanya.

p/s : baru tukar header baru. amacam? harap-harap loading lebih cepat :)

Related Posts with Thumbnails