Tuesday, April 6, 2010

Kamera DSLR Nikon dan Baju Tulisan Jepun Lisa Surihani dalam Drama Adamaya Episod 1

Siapa sempat tonton episod pertama drama terbaru slot Akasia TV3 petang tadi? Tajuknya Adamaya. Sebuah romantik komedi yang diilhamkan dari cerita I'm Not Single. Penerbitnya siapa lagi kalau bukan David Teo.


First impression aku pada drama ini comel. Sebab heroinnya Lisa Surihani. Lisa Surihani pandai buat gaya-gaya lawak kiut dalam episod pertama. Tak tahu lagi bagaimana episod-episod akan datang. Kenalah tengok lagi 22 episod.


Pelakon-pelakon asyik muka sama juga. Mustapha Kamal seperti biasa berlakon jadi Bapa. Dalam Asmaradana pun Mustapha Kamal juga. Rumah mesti besar dan mewah. Lisa Surihani sebagai Maya dan hero drama ini ialah Hussein Ruffedge sebagai Adam.

2 perkara yang menarik perhatian aku ialah, watak Adam yang seronok mengambil gambar dengan DSLRnya dalam hutan. Tengok strap saja sudah tahu, NIKON! Daripada kedudukan dial button, aku rasa ia model D5000 yang terbaru. Pastu lens yang diguna mungkin 70-300mm atau 50-200mm kit. Hehehe aku pantang tengok kamera. Mesti sibuk nak tahu tentang model dan lens.


Lagi satu yang aku seronok ialah bila melihat Lisa Surihani pakai baju yang ada tulisan Jepun. Aku cuba nak fahamkan apa maksud tulisan tu, tapi macam pelik je. Ada maksud ke tak? Peribahasa ke? Aku pun tak pernah dengar perkataan tu. Cuma "Hiroge" dan "Kompakto" saja yang aku faham.



ada siapa faham ape kejadah dia tulis? 
saje ingin tahu, pantang aku tengok tulisan Jepun ni..hehe

Kesimpulannya, drama ini menarik. Memang ada unsur komedi. Saje je nak tulis sesuatu yang orang tak kisah. Macam kamera dan baju tulisan Jepun tu. Hehe. Malam ini kita tengok sambungan Asmaradana pula ya! Eh, dua drama TV3 ini bermula dari Huruf A lah..Haha.

Adamaya vs Asmaradana | Lisa Surihani vs Tiz Zaqyah


p/s : gambar hasil clip dari TV3.com.my - sudah boleh tonton episod 1 tau!

Related Posts with Thumbnails