gambar sekadar hiasan - ihsan Google
Nampaknya, ada satu lagi laporan berita mengenai kes remaja berkahwin tanpa restu ibu dan bapa. Kalau sebelum ini kes Halimaton hangat diperkatakan, namun akhirnya dia dilaporkan membatalkan hasrat untuk berkahwin dan mahu meneruskan pengajiannya di sekolah. Perkara tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan hari ini.
BALING 16 April - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rasyid, 15, yang sebelum ini lari mengikut teman lelakinya sudah tidak sabar untuk kembali ke bangku persekolahan secepat mungkin.Baguslah kalau betul adik Halimaton mahu meneruskan pengajiannya. Lebih baik tamatkan pelajaran dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Sekurangnya-kurangnya perjalanan hidup kita direstui kedua ibu dan bapa. Itu sangat penting! Harap-harap janganlah membuat "headlline" di surat khabar lagi selepas ini ya. Jangan jadi macam "Tuan Muda" pula.
Malah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Parit Panjang itu menangis kerana terlalu rindukan saat-saatnya bergelar pelajar.
Ibunya, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, perubahan anaknya itu untuk kembali belajar dinyatakannya dalam perbualan dengan kakaknya hari ini.
Berkenaan dengan laporan remaja berkahwin pula, hari ini terdapat laporan bahawa Nor Aziela Zulkafle yang berusia 18 tahun didakwa oleh ibunya melarikan diri kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya Che Mohammad Razalizai yang berusia 20 tahun di selatan Thailand.
SEREMBAN 16 April - "Maafkan saya emak, saya harap emak restu perkahwinan ini."
Itulah harapan seorang remaja, Nor Aziela Zulkafle, 18, yang didakwa oleh ibunya melarikan diri dari rumah kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya, Che Mohammad Razalizai Razali, 20, di selatan Thailand pada Jun 2009.
Nor Aziela mengakui kini tertekan kerana ibunya, Hamidah Ibrahim, 56, tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia sudah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya itu.
"Saya tahu saya bersalah tetapi emak (Hamidah) tidak boleh menerima kenyataan bahawa saya sudah berkahwin."
Nor Aziela dan suami
Sebagai seorang ibu, sudah tentu sukar untuk menerima hakikat bahawa anaknya berkahwin tanpa restu seorang ibu. Apatah lagi anaknya itu baru berusia 18 tahun. Aku ingin bertanya pendapat semua, apakah konsep berkahwin tanpa restu ibu bapa ini patut diteruskan? Kisah perkahwinan tanpa restu ini sudah banyak dijadikan filem atau drama sebagai iktibar kepada masyarakat. Namun masih ramai yang terlalu cepat membuat keputusan tanpa memikirkan jangka waktu panjang. Restu ibu bapa adalah penting, disamping pandangan masyarakat terhadap mereka.
Bahagiakah begitu? Seperti mana yang biasa diperkatakan oleh semua, perkahwinan bukan hanya melibatkan kedua pasangan itu saja, malah ia melibatkan ikatan antara kedua keluarga juga.
Kepada yang terlalu miang dan gatal nak kahwin cepat, fikir-fikirlah. Benar, berkahwin dapat menghalalkan hubungan, tetapi biarlah kena caranya. Banyak-banyaklah bertanya, buat kaunseling dengan ustaz atau ustazah. Bincang dengan ibu bapa ke. Janganlah melulu buat keputusan kahwin di sempadan sebagai jalan penyelesaian. Mungkin kalau berbincang cara baik, ibu bapa restukan perkahwinan dan boleh lansung majlis dengan meriah. Tak perlu susah payah lari ke Thailand kahwin senyap-senyap kan? Kahwin senyap-senyap pun boleh menimbulkan syak wasangka dan fitnah dari masyarakat kan?
Sebelum ini pun aku dah cerita pasal artis kahwin senyap tanpa beritahu keluarga. Ish apa nak jadi yer..
SOURCE : petikan berita dan gambar dari Utusan Malaysia Online
Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN