Wednesday, April 21, 2010

Kagum Dengan Kesungguhan Mohd Noor Mat Amin - Tahniah 111 kali tawan Kinabalu

Gambar sebelum memulakan pendakian pada 31 Disember 2010
sumber : TheStar

Tahniah diucapkan kepada Mohd. Noor Mat Amin kerana berjaya mencipta rekod dunia setelah berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali, ye kawan-kawan 111 kali!! dalam tempoh masa 111 hari. Siapa tak kenal dengan Mohd. Noor Mat Amin, kerana wajah beliau akan terpampang di Utusan Malaysia setiap kali tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Beliau telah berjaya menamatkan pendakian ke-111 kali pada pukul 11.50 pagi pada 20 April 2010. Hebat sungguh stamina dan kesungguhan Mohd. Noor. Aku belum pernah lagi mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi 4,095m itu. Terus terang, jejak negeri Sabah pun belum lagi (pergh). Nak naik Broga Hills pun tak kesampaian beb! Haha. Kesimpulannya, segala jenis Gunung di Malaysia ni aku belum naik. Bukit Larut je pernah kut.


Ketika tiba di Puncak Kinabalu untuk pendakian ke-111
sumber : Utusan Online


Apa pun, sekali lagi Tahniah! untuk En Mohd. Noor Mat Amin, kerana berjaya melakar sejarah. Bukan semua orang berkebolehan begitu. Apatah lagi pada umur 42 tahun, beliau masih mampu mendaki 111-kali dan mengharungi pelbagai rintangan termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu.

RANAU - Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin hari ini melakar sejarah sebagai manusia pertama menakluk Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari selepas berjaya menamatkan pendakian terakhir tepat pada pukul 11.50 pagi di Gerbang Timpohon.

Ketibaan jurugambar Utusan Malaysia itu bersama jurupandu, Safrey Sumping disambut oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr. Kassim Mansor dan Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan.

SOURCE : petikan berita dari Kosmo

p/s : Aku cuma pernah mendaki Gunung Fuji di Jepun yang setinggi 3,776m pada musim panas tahun 2003. Itu pun ambil masa hampir 6 jam!! Rabak kasut, nasib baik beli murah. Sekali pakai terus buang!

Ini Gunung Fuji ketika musim bunga - penuh salji lagi ni


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails