Tuesday, April 27, 2010

Kepada Adik-adik Tak Cukup Umur Yang Merancang Nak Bunuh Diri


BACHOK - Satu lagi kes pelajar cuba terjun dari bangunan sekolah dilaporkan berlaku, kali ini di Bachok, Kelantan.

Puncanya juga sama seperti yang berlaku di Perlis dua hari lalu disebabkan pelajar itu tidak tahan diejek oleh rakan-rakan.

Dalam kejadian semalam, seorang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah dikatakan cuba terjun dari bangunan sekolahnya.

Murid tersebut memanjat koridor di tingkat empat dan menghayun kakinya ke bawah.

Bagaimanapun, cubaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh salah seorang guru.
sumber : Kosmo


Berkisar tentang petikan berita di atas, aku buat kajian untuk adik-adik bermasalah ini. Khas buat adik-adik khususnya daripada sekolah rendah/menengah yang berkeinginan nak bunuh diri atas sebab-sebab berikut :

1. Putus cinta
2. Diejek rakan-rakan
3. Tak cukup duit nak beli PSP
4. Kecewa Lisa Surihani tak nak add Twitter korang
5. Kecewa Tiz Zaqyah tak mahu add Facebook korang
6. Nak glamour mengalahkan Adik Rafiqin serta "Tuan Muda"




Sebelum aku pergi kepada cara-cara untuk membunuh diri dengan betul, aku nak beritahu adik-adik yang ada niat nak bunuh diri ini satu benda...


Ya adik-adik. You're a DUMB A$$. Kenapa korang nak bunuh diri? Nak sangat ikut cara orang Jepun yang pendek akal tu ke? Mereka tak ada pegangan hidup. Sebab itu mudah sangat menyerah dan bunuh diri. Setakat kena ejek, putus cinta..Pigidah.. lebih ramai menghadapi masalah yang lagi besar dari itu lah!! Kalau nak kata kena ejek, aku pun kena ejek masa sekolah. Biasalah tu.

Tengok tu, Jepun negara paling ramai bunuh diri!

Jadi kesimpulannya adik-adik yang bawah umur (termasuk yang belum sunat), janganlah cuba bunuh diri. Tak baik. Mati katak je macam tu. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya..cewah, macam tag Hidup Mesti Gagal je. Sebelum timbul niat nak bunuh diri, balik rumah cepat. Lari ke komputer, log in ke Blogger dan tulis blog. Luahkan segala-gala. (Walaupun aku tak galakkan tapi sekurangnya ko tak bunuh diri) Ingatlah orang tersayang. Mak bapak mengharapkan yang terbaik dari anak-anak. Janganlah ko balas dengan berita ko mati akibat terjun bangunan 4 tingkat akibat putus cinta (ada orang jatuh 2 batu dari udara tapi tak mati pun)

Jadi layanlah trailer Filem tergempak aku nantikan ini. Ingat! Jangan bunuh diri.


p/s : sebenarnya tiada cara-cara bunuh diri dalam blog ini. sekian.
gambar dari google.com yer

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails