Showing posts with label TERKINI. Show all posts
Showing posts with label TERKINI. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

(Terkini) Achik Spin Maut Kemalangan Ngeri di Seremban



Kali ini memang betul. Di Kosmo Online dan Utusan Online ada berita terkini mengenai kemalangan yang menimpa penyanyi kumpulan Spin yang dikenali sebagai Achik. Achik maut setelah kenderaan MPV (dikhabarkan Estima) terbabas dan terbakar di lebuhraya LEKAS.

Al-Fatihah kepada arwah Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Shari.

Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

SOURCE : Kosmo Online, Utusan Online

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Saturday, April 17, 2010

(Terkini) Betul ke Achik Spin Meninggal Akibat Kemalangan Petang Tadi?


Tapi aku mendapat tahu daripada tajuk-tajuk blog yang tiba-tiba menyebut Achik Spin sudah tiada. Lalu aku google, dan mendapati ada update di Twitter seperti di screenshot. Betul ke Achik Spin meninggal akibat kemalangan petang tadi? Kalau betul, Al-Fatihah kepada arwah Achik Spin.



Nanti aku update lagi lepas dapat berita yang lebih jelas.

---------------UPDATE TERKINI----------------


lebih banyak status tentang Achik Spin. Dikhabarkan meninggal akibat kemalangan petang tadi



Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Thursday, February 25, 2010

(GANASS) Ribuan Penonton saksi Kematian Jurulatih di SeaWorld

Dawn Brancheau, mangsa "Killer Whale" bernama Tilikum

ORLANDO, Fla. -- A 12,500 pound male SeaWorld killer whale seized a trainer in its jaws Wednesday and thrashed the woman around underwater, killing her in front of a horrified audience. It marked the third time the animal had been involved in a human death.

Okay, kepada mereka yang tak paham-paham lagi, seorang jurulatih persembahan "killer whale" di SeaWorld Florida mati akibat dihumban ke dalam air oleh Tilikum, "Killer Whale" di bawah jagaannya. Kejadian itu berlaku dihadapan khalayak ramai yang sedang menyaksikan persembahan haiwan tersebut di taman tema SeaWorld tersebut. Ini merupakan kejadian ke-3 melibatkan haiwan Paus/Killer Whale itu.

Spectator Eldon Skaggs said Brancheau was on a platform with the whale and was massaging it. He said the interaction appeared leisurely and informal.

Then, Skaggs said, the whale "pulled her under and started swimming around with her."

Ada seorang penonton, Eldon Skaggs berkata jurulatih tersebut berada di atas platform sambil membelai Tilikum, dan ketika itu ia kelihatan normal dan seperti bersantai. Namun selepas itu, ikan paus tersebut menarik kakinya dan mula berenang di kolam itu lalu membunuh Brancheau.

Namun tidak dapat dipastikan lagi sama ada kematian itu disebabkan oleh lemas atau kesan sentapan oleh ikan paus itu. Taman tema SeaWorld itu ditutup buat sementara waktu. Adik kepada Brancheau dilaporkan berkata, dia pasti Kakaknya tidak mahu Tilikum di apa-apakan.



Nama spesis pun dah "Killer Whale". Keje dia membunuh. Tak macam Willy. Dia pandai berlakon. Sebab ada cerita Free Willy. Sampai 3 kali keluar wayang. Nasib baik budak tu selamat. Tak kena baham dek paus tu kan?

Apapun, nasib ikan paus yang ganas itu masih belum dapat dipastikan. Tapi yang pasti takkan ada cerita Free Tilikum. Buruk benor bunyi nye. Macam halkum pun ada, bedak talkum pun ada..


UPDATE :  info dari TMUkmkd, nama betul (dalam IC) Willy tu ialah Keiko.

p/s : Killer Whale dalam Bahasa Malaysia ape yerk? Paus Pembunuh? Kekekkek ..skema sangat tuh

SOURCE : Washington Post, Google

Tuesday, December 22, 2009

(LATEST) Runtuh lagi di Terengganu


(gambar dari UTUSAN)

Nampaknya runtuh lagi di Kuala Terengganu. Jika sebelum ini Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM300 juta runtuh, kali ini Terminal Bas Express di Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta pula menjadi tajuk utama berita. Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 3.15 petang 21hb December, apabila beberapa orang pekerja sedang menyiapkan struktur bumbung kaca. Empat dilaporkan cedera akibat terkena serpihan kaca. Salah seorang daripada mereka adalah warga tempatan, manakala yang lain warga Bangladesh.

Apa nak jadi di negeri Terengganu? Nampaknya tahun 2009 berakhir dengan berita tidak enak untuk rakyat Terengganu dan amnya semua penduduk Malaysia. Tolong pantau kontraktor-kontraktor di Terengganu!




Tragedi runtuh berulang lagi!
(gambar insiden stadium runtuh kira-kira 6bulan lalu)


Berikut antara petikan akhbar-akhbar tempatan hari ini

HULU TERENGGANU: Tiga buruh warga Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.

Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki serta tangan akibat terkena serpihan kaca itu.

Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kerja pemasangan kaca yang dimulakan sejak seminggu lepas itu hampir 80 peratus siap.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan penyambungan panel yang tidak sempurna pada penghadang cahaya itu, katanya.

Terminal bas berharga RM4.2 juta yang mula dibina pada Mac 2008 dan sepatutnya siap awal tahun depan itu merupakan projek Majlis Daerah Hulu Terengganu. - BERNAMA

KUALA BERANG: Four workers were injured when the almost completed glass roof of the new bus and taxi terminal here collapsed.

The RM4.2mil Kuala Berang Express Bus and Taxi Terminal is the fourth public building in Terengganu to suffer from structural problems in the past six months.

In the incident which occurred at 3.15pm yesterday, the 150m-long roof — also called a skylight reflector and made up of hundreds of glass panes — came tumbling down in a loud crash when the steel structure holding it up gave way.

Fifteen workers were installing the glass panes at the main entrance of the terminal during the collapse.

Kuala Berang is a major transport hub in the interior of Terengganu and is the main hop-off point for those visiting Tasik Kenyir.

The four who were injured yesterday — a Malaysian supervisor and three Bangladeshis — were cut by pieces of glass when the panes smashed into pieces.

Two of them were working on top of the roof while the other two were standing below.

They were rushed to the Hulu Terengganu Hospital where they received out-patient treatment.

Site supervisor Zahir Hariri, when met at his office close to the construction site, said he heard a thunderous noise while he was attending to some work.

“I dashed out only to discover the glass roof had crumbled. The injured workers were lying on the ground,” he said.

He said work on the 27.4m-wide roof started last week and was almost nearing completion.

He said only wiring work was being done at the terminal before its scheduled opening in February.

“Preliminary checks revealed that the incident could have occurred due to shoddy workmanship,” he added.

Construction of the terminal began in March last year.

The project is under the jurisdiction of the Hulu Terengganu District Council.

Council president Mohd Nor Ibrahim declined to comment.

In June, the roof of the RM300mil Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium collapsed. The stadium was only a year old.

A month later, the Public Works Department closed the RM18mil Batu Burok Aquatic Complex after declaring it unsafe.

Following the two incidents, the PWD was sent to check the Sultan Mahmud Airport, which was also just a year old at the time, and discovered that the roof was leaking. - The Star

SOURCE : Bernama, The Star



FTN : sorry no related pics yet :P
Nang me please!

Related Posts with Thumbnails