Eh, eh..lupa pula. Fokus aku sebenarnya pada artikel berita. Bukan saintis Britain itu. Okay, berbalik kepada topik. Sebenarnya bukti kewujudan makhluk asing sudah lama muncul. Sejak dulu lagi pelbagai tanda, objek, dan fenomena berlaku di serata dunia dan mengaitkan dengan kewujudan makhluk asing. Jadi tidak mustahil Stephen Hawking mengeluarkan kenyataan seperti dalam petikan berita tersebut.
LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.
“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.
“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.Di Malaysia sendiri, banyak penemuan mengenai kewujudan makhluk asing. Lihat sajalah gambar-gambar. Semua ini diperoleh dari google.
Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.
Kononnya ini UFO yang kelihatan di Butterworth, tahun 1979
Sebenarnya aku juga mempunyai koleksi imej makhluk asing di Malaysia. Belum pernah aku kongsi, kerana tidak mahu dijadikan bahan berita, nanti ada yang kata aku gila publisiti atau gambar dibuat-buat.
Inilah objek UFO yang sempat dirakam berhampiran Laut China Selatan
Sekumpulan makhluk asing yang mendarat di Malaysia
Makhluk asing di tahan untuk dibawa ke Area-51
Hehehe. Aku tak ada pun gambar UFO. Tak ada kerja aku nak teropong makhluk asing weh! Baik aku ambil gambar pemandangan ke lagi bagus. Semua imej-imej adalah ihsan google.com
Benar tuan-tuan, "makhluk asing" sangat ramai di Malaysia. Yang merompak pun ramai. Sampai pecah tangan kena tembak!
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!