Thursday, April 15, 2010
Apple MacBook Baru - Kini Dengan Sistem Pemprosesan Yang Dikemaskini
Apple. Bukan sebiji buah epal. Ia komputer idaman para fotografer di dunia. Termasuklah aku. Aku menyimpan hasrat nak memiliki sebuah Apple MacBook sejak setahun lalu. Tapi atas pelbagai sebab dan keperluan yang lebih penting, aku terpaksa tangguhkan dulu impian aku.
Kini Apple MacBook Pro sudah dikemaskini. Terdapat beberapa "upgrades" untuk model MacBook Pro. Dari bentuk luarannya tiada perbezaan. Sama seperti MacBook Pro yang ada sebelum ini. Kemasan unibody aluminium yang cantik dan ringan membuatkan ia nampak tahan lasak. Jangka masa bateri juga masih sama iaitu antara 9-10 jam untuk setiap caj. Sangat sesuai untuk mobile works. Patutlah ramai fotografer memilih Apple.
Okay, apakah yang diupgrade? Bagi model 13inci, tidak banyak yang berubah. Prosessor Intel Core 2 Duo dengan 4GB RAM. Cuma kali ini model 13inci datang dalam 2 variant, iaitu 2.4Ghz Intel Core 2 Duo dengan 250GB hard drive dan 2.66Ghz Intel Core 2 Duo dengan 320GB hard drive.
Perubahan ketara boleh dilihat pada model 15inci dan 17inci. Keduanya akan mendapat prosessor terbaru Intel iaitu Core i5 dan Core i7 yang lebih laju dari model sebelum ini. Kedua model 15inci dan 17inci disertakan dengan 2 prosessor grafik; nVidia GeForce GT330M untuk kegunaan berat seperti mengedit foto dan video serta permainan video dan satu lagi processor Intel HD Graphics. Kedua variant MacBook ini mampu menukar ciri-ciri grafik antara satu prosessor ke satu prosessor lain (nVidia dan Intel) untuk memberikan prestasi terbaik serta mengoptimumkan penggunaan bateri.
Harga bagi model MacBook Pro 13inci bermula dari RM3,899; 15inci dari RM5,899; dan 17inci bermula dari RM7,899. Boleh layari Apple Store untuk maklumat lebih lanjut.
p/s : Mampukah aku memiliki sebuah MacBook Pro sebelum 2010 berakhir? Kalaulah dapat, mesti lebih seronok aku mengambil gambar dan membuat part-time jobs. Sebabnya, laptop Apple sudah dicalibrate supaya warna di skrin sama apabila gambar diprint. Jadi lebih mudah untuk proses mengedit gambar dan album. Lagipun MacBook Pro lebih mudah untuk multi-tasking, dan prosessornya memang sesuai untuk heavy-duty editing. Memang sesuai untuk aku yang minat fotografi dan video editing.
Kena kerja lebih kuat, harap-harap Nuffnang pun boleh sedikit sebanyak membantu tabung MacBook aku :)
SOURCE : berita asal dari Lowyat.net
Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN