dipinjam dari web carigold
"Al-F**k Din Beramboi". Itu ucapan budak kerdil bernama Rafiqin Darwisy di laman facebooknya. Umurnya baru 13 tahun. Itu pun kalau benar-benar umurnya. Dah baligh ke belum? Cukup hebatkah sampai meluahkan kata-kata macam itu? Terdapat banyak lagi tulisan susulan di Facebooknya yang menimbulkan kemarahan ramai terutamanya peminat-peminat arwah Din Beramboi. Kalau nak lihat, boleh ke laman web carigold. Ada banyak screenshots di situ.
Cakap banyak pun tak guna. Aku tak mahu jadi sama level dengan budak Rafiqin itu. Aku tak sabar nak lihat tindakan pihak berkuasa terhadap budak Rafiqin ini (itu pun kalau ada). Teringin sangat nak tahu latar belakang hidupnya. Agaknya dia mendapat ilham kes sebelum ini barangkali? Atau mungkin mendapat bisikan dari langit untuk menulis status-status keji itu?
Macam-macam cara manusia guna nak naikkan traffik. Dalam kes ini, traffik kebencian terhadap dia sudah pasti melebihi berjuta-juta uniques!