Wednesday, April 28, 2010

Nihongo 101 : Cantik, Menarik, Tertarik, Kau memang Lawa (bukan BOM)

Salam sejahtera kepada para pembaca FTN dan penggemar Bahasa Jepun sekalian. Segmen Nihongo 101 kembali lagi di pagi Rabu yang indah; cuaca agak mendung, tapi mentari panas seperti biasa. Kemungkin hujan lagi petang nanti.

Kembalinya Nihongo 101 hari ini bermakna ada lagi perkataan bahasa Jepun yang nak aku perkenalkan kepada semua. Mungkin ramai yang sudah tahu, kerana aku yakin peminat J-Dorama ramai di Malaysia. Maklumlah, perkataan-perkataan ini biasa digunakan dalam dialog seharian. Bukan yang bombastik ya.

Hari ini special sikit. Ada 3 perkataan yang mempunyai maksud lebih kurang. Kita mulakan dengan perkataan yang berbunyi "Kawaii". Selalu dengar bukan? Banyak blog juga menggunakan tag "Kawaii". Sebab apa ya? Sudah tentu maksudnya comel! "Kawaii" bermaksud comel dan sweet.


Hari ini aku cuba taip dalam tulisan Jepun. Tak pasti berapa ramai yang boleh baca. Ini contoh ayat dengan perkataan "Kawaii".

あなたは可愛いですね
Anata wa kawaii desu ne.
[Awak comel]

可愛いドレス
Kawaii doresu(dress)
[Baju yang comel/cantik]




Yang kedua ialah "Kirei". Juga bermaksud cantik. Seringkali kita dengar dalam drama menyebut "Kirei desu ne!". Direct translation = Cantiknya!. Kalau nampak awek Jepun lalu kat mana-mana cuba la cakap "Anata wa kirei desu". Pasti dia tersipu-sipu ala-ala anime Jepun.

この花は綺麗です
Kono hana wa kirei desu
[Bunga ini cantik]

綺麗な笑顔
Kireina egao
[Wajah senyuman yang cantik]


Yang terakhir ialah perkataan "Utsukushii". Bermaksud cantik, indah. Rasanya maksud dia lebih kuat berbanding perkataan "Kirei" di atas. Lebih "exquisite" kata orang putih. Bagi aku, rasanya lebih feeling kut. Sesuailah kalau nak mengayat girlfriend atau isteri anda.

美しい景色が見える
Utsukushii keishiki ga mieru
[Kelihatan suatu pemandangan yang indah]

美しい姿
Utsukushii sugata
[Bentuk badan yang cantik]

彼は美しい声で歌う
Kare wa utsukushii koe de utau
[Dia menyanyi dengan suara yang merdu(cantik)]

Begitulah 3 patah perkataan Jepun untuk kali ini. Untuk makluman korang, aku dah letak satu link di linkbar bawah header sebagai shortcut untuk akses semua posting aku berkenaan Nihongo 101. Kalau ada yang ingin tahu perkataan lain, bolehlah tanya di komen ataupun Formspring FTN.

p/s : Semalam blog FTN telah berjaya capai matlamat yang aku sasarkan pada 5hb Mac dulu. Syukur dan gembira rasanya. Next target, sudah tentu nak kurangkan sekali ganda lagi! Gambarou!

SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails