Monday, April 26, 2010

Siapa Yang Rasa Nak Bogel, Boleh Pergi Turki Bermula 1 Mei

ANKARA - Pelancong-pelancong kini boleh menikmati sinaran matahari sambil berbogel di pesisiran pantai Turki bermula minggu depan apabila negara Islam itu membuka sebuah hotel yang membolehkan mereka tidak memakai sebarang pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.
Macam ini punya perkhidmatan pun ada. Jadi aku yakin selepas ini ramai pembogel tegar seperti geng-geng yang buat protest bogel akan berpusu-pusu pergi ke Turki. Sebab ia dah jadi official dan pasti tiada halangan lagi dah. Maka senanglah Spencer Tunick nak cari model-model bogel untuk photoshoot merepek dia tu.

Turki sebuah negara Islam. Mungkin konsep hotel ini tertutup untuk pelancong asing sahaja. Tapi harapannya mereka akan tegas dan hanya memastikan pelancong asing BUKAN ISLAM sahaja. Dan sebaiknya, kekal di dalam kawasan hotel. Jangan pulak lepas ini nak extend sampai luar pantai pula ye. Dengan alasan, ramai sangat orang nak berbogel..kawasan hotel tak cukup luas..haha.

Berbogel bersama ayam Turki di Turki?


Sambungan petikan berita dari Kosmo itu,
Dibuka khusus untuk pelancong asing, hotel bogel yang menghadap pantai itu akan dibuka pada 1 Mei depan terletak berdekatan sebuah resort.

"Pelancong dibenarkan berbogel di dalam kawasan hotel tetapi bukan di kawasan pantai awam berdekatan," kata Pengurus tempahan hotel Adaburnu-Golmar, Ahmet Cosar.

Bagi tetamu yang bertekad untuk tidak memakai pakaian mandi, pihak hotel akan menyediakan bas untuk ke pantai bogel persendirian. - AFP

Inilah Hotelnya : Adaburnu-Golmar Hotel

Berhampiran kawasan Private Beach dekat Marmaris, Turkey

P/S : kenapa orang suka sun-bathing bogel? Seronok ke.. Takut tengah baring baik punya tengah bogel tu, kena sambar kilat. Ouch!

SOURCE : Kosmo Online

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails