Saturday, April 10, 2010

Budak 2 Orang Yang Ganas, Pakai Parang Ragut Mangsa di Taman Mutiara


KUALA LUMPUR 9 April - Seorang wanita terpaksa memanjat pagar rumah jirannya semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada serangan seorang peragut ganas yang nekad mengejarnya sehingga ke dalam kawasan rumah.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi semalam, Mary Rose a/p Joseph James, 63, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mutiara, Jinjang di sini selepas berjoging.

Peragut makin mengganas. Berani membawa parang menaiki motor dan meragut mangsa di taman perumahan. Waktu siang hari pula. Oleh kerana curiga dengan kehadiran mat motor yang berlegar-legar di taman perumahan itu menyebabkan mangsa Mary Rose, 63 yang selesai berjoging memanjat pagar rumah jirannya.



Kejadian itu dirakamkan oleh CCTV yang dipasang di rumah tersebut. Kelihatan 2 orang yang menaiki motor mengejar mangsa sehingga mereka memanjat dan meragut mangsa dalam kawasan rumah. Seorang lagi hanya menunggu di motosikal. Mary Rose telah kerugian beberapa barangan kemas yang dipakai. Dia bernasib baik kerana nyawanya tidak diapa-apakan oleh peragut tidak berperikemanusiaan itu.

Berikut ada urutan gambar kejadian.

1) Mary Rose memanjat pagar jirannya untuk menyelamatkan diri


2) Peragut menolak kaki Mary lalu dia terjatuh dalam kawasan rumah

3) Peragut memanjat pagar sambil membawa parang

4) Dengan parang di leher, Mary terpaksa menyerahkan semua barang kemas

5) Peragut melarikan diri

6) Jiran lain datang membantu tetapi peragut sudah melarikan diri

Untuk melihat klip lebih jelas boleh menonton di laman web tv3.com.my

SOURCE : clip diambil dari TV3.com.my

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Related Posts with Thumbnails