Showing posts with label Learn Japanese Online. Show all posts
Showing posts with label Learn Japanese Online. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Nihongo 101 : Menang Kalah adat Pertandingan!

Konbanwa! こんばんは!また日本語101の時間ですね~ [Nihongo 101 kembali lagi~]
Kali ini bersempena dengan kemenangan Inter Milan dalam perlawanan akhir UEFA Champions League semalam, aku nak introduce 2 perkataan lagi iaitu Menang dan Kalah.

Okay, Menang dalam bahasa Jepun berbunyi "Katsu". Tetapi jangan keliru dengan makanan "Katsu". Bunyi sebutannya sama. Tapi beza pada karakter kanji sahaja. Agak sukar, tapi biasanya kita boleh faham dalam penggunaan ayat.

インターは2-0で勝った
Inter Milan wa 2-0 de katta.
Inter Milan menang dengan 2-0



Kata lawan bagi Menang ialah Kalah. Kalah dalam bahasa Jepun berbunyi "Make'" (sebut Makek). Macam orang kelantan sebut Makan.

私たちの負けです
Watashitachi no make desu.
Kekalahan bagi kami. (mengaku kalah)



Mudah saja kali ini. "Katsu" untuk menang, "Make" untuk kalah.

p/s : Untuk imbas kembali boleh klik Nihongo 101 sebelum ini.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Sunday, May 16, 2010

Nihongo 101 : Selamat Hari Sensei

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Tanpa jasa anda semua, siapalah kami. Hebat sangat jasa seorang guru kepada murid-murid terutamanya yang betul-betul berdedikasi dalam mendidik anak murid mereka. Bukan yang jenis jual produk kat bilik guru, atau lebih fokus kepada duit mengajar tuition dan sebagainya.

Apa pun, setelah sekian lama tiada segmen Nihongo 101, aku nak kongsi perkataan berkaitan dengan hari guru. Sebelum kita kenal perkataan yang aku rasa ramai sudah tahu, mari kita belajar perkataan pelajar dulu. Pelajar dalam bahasa Jepun ialah "gakusei".


Sudah tentu perkataan yang pertama bermaksud guru. Dan sangat common dalam bahasa Jepun. Iaitu "sensei". "Sensei" bermaksud cikgu/guru. Tak kiralah apa saja yang diajar, tetap di gelar "sensei".


Ok, ringkas saja kali ini. Tak cukup masa nak karang lebih panjang. Hehe.

Tetapi sebelum itu, sempena dengan sambutan Hari Guru, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku dari :
  1. Tadika Anne (kalau tak silap eja)
  2. Taska dekat Taiping
  3. S.R.K King Edward VII Taiping
  4. S.R.K St. John (1), Bukit Nanas
  5. St. John's Institution, Bukit Nanas
  6. S.M.K Anderson Ipoh
  7. Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya
  8. Shinshu University, Japan

Jasa kalian amat aku hargai.
先生達へ、今まで色々ありがとうございました!
[Kepada semua sensei, terima kasih atas segala-galanya selama ini]

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Tuesday, May 11, 2010

Nihongo 101 : Suami dan Isteri

Salam! Ohaiyo Gozaimasu. Hari ini Nihongo 101 kembali lagi. Kali ini aku nak perkenalkan perkataan suami dan isteri. Ini ada kena mengena dengan drama Adamaya juga. Maya isteri Adam. Adam suami Maya, kedua mereka suami isteri. Haa, jadi daripada ayat-ayat itu, mari aku tunjukkan perkataan-perkataan bahasa Jepun yang berkaitan.

Yang pertama, perkataan "Otto" yang bermaksud suami. Karakter kanjinya mudah saja. Ada 4 strok. Jom tengok contoh ayat mudah dari perkataan ini.


Maya-san no otto wa, Adam-san desu.
[Suami Maya ialah Adam]
-no dalam ayat bermaksud kepunyaan.
jadi bila sebut Maya-san no...; ia bermaksud Maya punya...

Sunday, May 9, 2010

Nihongo 101 : Syashin Toru!

Salam! Konbanwa. Jom belajar perkataan baru bahasa Jepun malam ini. Kebetulan aku baru saja pulang dari job fotografi perkahwinan. Jadi kali ini perkataannya aku kaitkan sedikit dengan fotografi. Tiga perkataan semuanya hari ini.

Perkataan pertama ialah "Syashin". Maksudnya ialah gambar atau foto. Dalam simbol kanjinya ada terdapat kanji yang bermaksud mata. Maka secara asasnya perkataan ini ada kena mengena dengan penglihatan, atau dengan kata lain melihat.


Seterusnya kita tengok perkataan "Toru". Ini bukan nama orang ya. Ini maksudnya mengambil (biasanya dikaitkan dengan foto). "Toru" sebenarnya ada banyak maksud, dan bergantung kepada simbol kanjinya. Walaupun maksudnya ambil, tapi untuk kanji di bawah ini maksudnya khusus untuk foto. Sebutannya sama juga jika merujuk kepada mengambil barang, mendapat mata (score),  dan lain-lain. Tapi tak mengapa, kita fokus pada gambar dulu.

Contohnya :
Syashin wo torimasu!
[Ambil gambar!] - biasanya disebut bila nak ambil gambar foto ala-ala sebut "Cheese!"

Syashin wo totte kudasai
[Tolong ambil gambar] - bila nak minta tolong orang lain ambilkan foto

Kono syashin kireidesu
[Cantik gambar ini]

Wednesday, April 28, 2010

Nihongo 101 : Cantik, Menarik, Tertarik, Kau memang Lawa (bukan BOM)

Salam sejahtera kepada para pembaca FTN dan penggemar Bahasa Jepun sekalian. Segmen Nihongo 101 kembali lagi di pagi Rabu yang indah; cuaca agak mendung, tapi mentari panas seperti biasa. Kemungkin hujan lagi petang nanti.

Kembalinya Nihongo 101 hari ini bermakna ada lagi perkataan bahasa Jepun yang nak aku perkenalkan kepada semua. Mungkin ramai yang sudah tahu, kerana aku yakin peminat J-Dorama ramai di Malaysia. Maklumlah, perkataan-perkataan ini biasa digunakan dalam dialog seharian. Bukan yang bombastik ya.

Hari ini special sikit. Ada 3 perkataan yang mempunyai maksud lebih kurang. Kita mulakan dengan perkataan yang berbunyi "Kawaii". Selalu dengar bukan? Banyak blog juga menggunakan tag "Kawaii". Sebab apa ya? Sudah tentu maksudnya comel! "Kawaii" bermaksud comel dan sweet.


Hari ini aku cuba taip dalam tulisan Jepun. Tak pasti berapa ramai yang boleh baca. Ini contoh ayat dengan perkataan "Kawaii".

あなたは可愛いですね
Anata wa kawaii desu ne.
[Awak comel]

可愛いドレス
Kawaii doresu(dress)
[Baju yang comel/cantik]

Monday, April 26, 2010

Nihongo 101 : Makanan dan Minuman pula

Haiitt!! Konnichiwa! (sebab dah tengahari). Nihongo 101 no jikan desu. Minna jyunbi wa iika?
Hehe. Jangan keliru. Biar aku translate dalam Bahasa Malaysia.

Selamat tengahari!. Tibalah masa untuk Nihongo 101. Adakah semua sudah bersedia? Kalau sudah bersedia, mari kita lihat perkataan-perkataan seterusnya untuk hari ini. Kali ini ini ada tiga perkataan bahasa Jepun yang aku nak perkenalkan. Ketiga-tiga saling berkait. Maksudnya, ada penggunaan karakter kanji yang sama dalam ketiga-tiga perkataan.

Perkataan hari ini ialah "Mono" yang bermaksud barang atau benda. Banyak kegunaan karakter kanji "Mono" ini. Contohnya kita boleh lihat dalam perkataan seterusnya. Ada dua lagi perkataan yang menggunakan "Mono".


Pertama ialah "Nomimono" yang membawa maksud Minuman. Apa saja yang berkait dengan minuman, kita boleh gunakan "Nomimono" untuk mengaitkannya.

Contoh ayat : Ano Nomimono Ga Suki desu. [(Saya) suka minuman itu]
Ano = itu
Nomimono = minuman
Suki = suka


Yang kedua ialah "Tabemono" yang membawa maksud Makanan. Apa saja yang berkait dengan makanan, kita boleh gunakan "Tabemono".

Contoh ayat : Ano Tabemono Ga Oishii desu. [Makanan itu sedap]
Ano = itu
Tabemono = makanan
Oishii = sedap




SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Sunday, April 25, 2010

Nihongo 101 : Warna-warna Dalam Bahasa Jepun, Midori adalah Hijau!


Ohaiyo Gozaimasu! Nihongo 101 kembali lagi pada hari Ahad. Hujung minggu biasalah waktu berehat di rumah. Kalau tak silap, setiap ahad ada drama Jepun di 8TV jam 3.00 petang. Jangan lupa saksikan. Kalau ikut intisari rancangan hari ini, tajuknya Hana-Kimi special. Mungkin Hanazakari no Kimitachi e Special kut. Nanti kita tengok petang ini.

Mudah saja kali ini, kita tengok terjemahan warna kepada Bahasa Jepun. Seperti yang ada dalam rajah berwarna-warni macam aiskrim Mat Kool di atas. Secara ringkasnya :

Hitam adalah "Kuroi"
Putih adalah "Shiroi"
Hijau adalah "Midori"
Merah adalah "Akai"
Biru adalah "Aoi"
Kuning adalah "Kiiroi"

Selamat berhujung minggu. Sore Jya, mata kondo ne!

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Friday, April 23, 2010

Nihongo 101 : Melihat dan Mimpi

Ohayo!! Hishashiburi desune (lama tak jumpa). Nihongo 101 kembali lagi. Pagi ini nak memperkenalkan dua perkataan kepada korang.  Perkataan pertama ialah "Miru" yang bermaksud melihat. Kanji "Mi" itu berasal dari kanji mata. Jadi bila ada perkataan yang menggunakan atau menggabungkan kanji ini, akan membawa maksud sama ada melihat, melawat, menziarah dan sebagainya.


Perkataan kedua ditujukan khas kepada mereka yang selalu bermimpi (berangan pun boleh, impian pun boleh). Aku nak introduce perkataan "Yume" yang bermaksud mimpi. Jadi bila nak guna perkataan "Yume" ini boleh digunakan dengan perkataan yang baru diperkenalkan tadi iaitu "Miru". Contohnya :

Watashiwa yume miru. (saya melihat mimpi/bermimpi)
Yume aru. (ada impian/mimpi)


*ini struktur ayat sangat asas. Sekadar nak menyampaikan maksud saja.



Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Tuesday, April 20, 2010

Nihongo 101 : Mereka Yang Tersayang

Ohayo! Kembali lagi dengan satu lagi perkataan bahasa Jepun untuk dikongsi bersama semua. Perkataan hari ini merujuk kepada feedback seorang rakan blogger..Hehe. Perkataan hari ini ialah "Koibito".

Rasanya kalau ada yang boleh membaca tulisan Cina mungkin sudah boleh meneka maksud kanji itu. Perkataan "Koi" itu sendiri bermaksud cinta/sayang. Perkataan "Aishiteru" juga datang dari kanji yang sama (nanti aku cuba huraikan lebih lanjut dalam post akan datang). "Bito" berasal dari perkataan "Hito" yang bermaksud orang. Bila digabungkan dengan perkataan lain, ia disebut "bito"

Jadi, "Koibito" bermaksud seseorang yang disayang/dicintai. Pendek kata, tak kiralah boyfriend ke, suami ke, girlfriend ke, isteri ke pun boleh digunakan perkataan "Koibito"


Contoh ayat :

"Watashi no koibito desu" maksudnya "Saya punya boyfriend/girlfriend/etc" (bergantung kepada siapa yang dimaksudkan)

[Watashi] - saya
[..no] - punya
[Koibito] - orang tersayang

Begitulah perkataan Jepun untuk kali ini. Agaknya yang tengah bercintan-cintun boleh lah berjiwangan dengan perkataan ini. Boleh juga register nama "Sayang" jadi "Koibito" dalam handset pula. Hehe

p/s : Bagi yang faham Bahasa Jepun, ayat-ayat jiwang mereka memang jiwang. Kadang-kadang boleh meruntun jiwa punya jiwang. Kalau sedih memang sedih sangat. Terutamanya macam drama 1 Litre no Namida, Summer Snow, Sekai no Chuusin de Ai Wo Sakebu.


p/s : Sebut pasal drama jepun, coming soon aku akan post entry berkenaan drama-drama Jepun yang menjadi pilihan aku. Kita buat review sikit dan kongsi beramai-ramai.

Flashback Nihongo 101 :
1. Oishii
2. Otoko, Onna
3. Suki
4. Kirai

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Monday, April 19, 2010

Nihongo 101 : Kirai adalah Benci

Ohaiyo Gozaimasu! (sebut: ohayo gozaimas) Selamat pagi semua. Nihongo 101 kembali lagi. Weekend tempoh hari aku tak dapat update sebab komputer di kampung tak boleh tulis Japanese (tak install language pack).

Okay! Perkataan seterusnya untuk hari ini, berbunyi "Kirai". Maksudnya "Kirai" ialah tidak suka atau benci. Kiranya ini kata lawan untuk perkataan sebelum ini iaitu "Suki".
Contoh ayat

"[..] kirai desu" - bermakna Saya benci [...].

"Onna kirai" - bermakna tidak suka perempuan. gantikan otoko kalau tidak suka lelaki.

Begitulah perkataan Jepun untuk kali ini. Nantikan lebih banyak Nihongo 101 selepas ini!
Jya ne! (maksudnya macam bye-bye versi Jepun)


Dah cuba FormSpring FTN? Tanyalah sebanyak mungkin!

Related Posts with Thumbnails