Malam ini tak guna ping blog, atau promote di twitter. Sebab semua pasti tengah melangut depan TV LCD, TV Plasma, TV kat kedai mamak dan sebagainya kerana menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Jadi trafik blog merundum secara mendadak malam ini. Aku tak kisah sangat. Sebab aku pun sama-sama menonton di TV. Dan ketika aku menulis, artis feberet FTN iaitu Tiz Zaqyah baru saja naik ke pentas menerima anugerah. Kesian dia gugup. Nasib baik Rosyam Nor bijak buat lawak cover line.
Nanti aku carikan gambar yang cantik-cantik ye.
Walaupun belum habis lagi acara, aku nak kasi komen sikit. Opening memanglah sangat Klimaks, sebab Faizal Tahir dah muncul dulu. Tapi agak anti-klimaks bila dia membuat persembahan bersama BunkFace. Lagu yang dinyanyikan pun lagu BunkFace. Oh kecewa di situ. Kurang Adrenaline di situ.
Walaupun kaki sakit, tetap aku hentak-hentak pentas itu!
Yang lain-lain tu as expected. Aznil naik ke pentas lagi. Nampak wajah dia yang masih sedih dengan pemergian Din Beramboi. Kemudian Fara Fauzana pun dah dijangka. Nabil pun layan dengan lawak "go with the flow". Tapi aku paling suka part bila Shaheizy Sam, Along, dengan Wawa jadi penyampai anugerah. Lawak Adnan Sempit memang menjadi. Sempoi sangat.
Oh, yang berbaju biru itu tiada ye
Apa yang aku nampak acara tahun ini agak muram akibat pemergian Din Beramboi (yang pertama kali dicalonkan), dan lawak kurang menjadi Raja Azura. Aku tak suka part dia kenakan Nabil. 2 kali dia cuba guna lawak yang sama. Agak keras di situ. Sharifah Shahira memang best. Sempoi aja.
Apa pun, asalkan Tiz Zaqyah dapat satu anugerah, aku kira acara ini sangat berjaya. Haha