Aku akan rujuk gambar-gambar dari internet, memandangkan aku xsempat nak snap lebih banyak gambar dekat showroom semalam. Model MPV FREED ini baru saja dilancarkan pada 22hb April untuk pasaran Malaysia. Model FREED yang dijual di Malaysia merupakan CBU yang diimport dari Indonesia. Aku akan review dari segi Exterior, Interior dan Test-drive report.
Review FREED : Exterior
Kalau dilihat dari luaran, Honda FREED nampak lebih stylish kalau dibandingkan dengan MPV yang sekelas dengannya Perodua Alz, Grand Livina dan Avanza. Sesuai dengan tagline Premium MPVnya.
Dari pandangan depan, Honda FREED memang nampak gah. Terdapat ciri-ciri design seperti Honda JAZZ dan CITY yang terbaru. Fascia depan yang besar dan digelapkan untuk nampak lebih menyerlah. Cermin depan FREED lebih panjang jika dibandingkan dengan Honda JAZZ. Bonet nampak kecil, tetapi sebenarnya ruang enjin sudah separuh di"cover" oleh bahagian cermin yang panjang itu. Dengan kata lain, ruangan enjin lebih dalam daripada saiz bonet itu. (susah nak explain..haha)
Dari pandangan sisi, FREED nampak seperti Honda JAZZ yang lebih panjang. Pintu belakang nampak lebar sedikit kerana menggunakan sistem automatic electric sliding door. Seperti yang terdapat pada model premium Toyota ESTIMA dan ALPHARD. Ini antara ciri-ciri yang membezakan FREED dan model kompetitor sekelas dengannya. Tiada model MPV 1.5cc yang menggunakan automatic sliding door seperti FREED. Kelebihannya pasti ketika di ruang parking yang sempit, lebih mudah untuk keluar masuk kereta bagi penumpang belakang. Pintu sliding FREED boleh dibuka/tutup dari tempat duduk pemandu, dari 2nd row, dan dengan remote kunci.
Sedikit downside pada exterior design FREED ini ialah di bahagian belakangnya. Ramai yang berpendapat design lampu belakang kurang sesuai dengan bentuk MPV ini. Tiada lampu LED di belakang seperti model Perodua ALZA dan Proton EXORA. Apa yang menarik dengan tailgate FREED ini ialah, ia direka lebih panjang, dan bumper belakangnya sangat rendah. Jadi bila nak isi barang lebih mudah. Boleh juga buat tempat rehat sementara beratapkan tailgate. Hehe
Review FREED : Interior
Interior FREED sangat praktikal. Bahagian depan tiada obstruction antara pemandu dan penumpang. Kerana gear automatik terletak pada dasboard dan FREED menggunakan foot brake. Ini sama seperti yang terdapat pada model Perodua Alza (AT). Perbezaan pada FREED ialah, untuk baris ke-2, terdapat 2 single seating. Bermakna baris-3 untuk 3 penumpang. Dashboard 2-tier yang futuristik benar-benar menarik perhatian. Lihat sajalah seperti gambar dibawah. Dashboard di bahagian penumpang seperti meja dan boleh diletakkan laptop kecil. Cup holders juga ditempatkan diposisi berhampiran penghawa dingin. Boleh jadi mobile office..(mesti facebook punya)
Ruang tengah tempat duduk baris-1 dan 2 diberi ruang. Inilah yang dikatakan "walkthrough cabin" dan memudahkan pergerakan dari depan ke belakang. Disamping itu, reka bentuk ini memudahkan pengaliran penghawa dingin dari depan ke belakang. FREED tidak mempunyai penghawa dingin bagi baris belakang, sama seperti Perodua Alza.
Susunan seating dalam FREED. 2 + 2 + 3
Note : Di Jepun terdapat variant 5, 7, dan 8 tempat duduk
Rumusan Review FREED :
Harga OTR - RM112,980.00
Aku suka :
1. Ciri-ciri MPV Premium seperti automatik sliding door, walkthrough cabin.
2. 2-Tier futuristik dashboard design - meter combi pun menarik.
3. Tidak terlalu besar, tidak kecil. Pemanduan seolah-olah bawa Honda Jazz yang panjang sedikit.
4. 5-AT seperti JAZZ, maka fuel consumption diparas memuaskan bagi MPV.
5. NVH ruang cabin memang baik. Senyap dan selesa.
6. Design front-end FREED.
Aku tidak berapa suka :
1. Hanya ada satu variant, E grade.
2. Tiada leather seat, kena add sebagai option.
3. Hanya 2 airbag, tidak seperti model Jepun yang ada Side Airbag.
4. Steering nampak murah, tiada audio control.
5. Plastik trim nampak murah. Jauh berbeza dengan Honda JAZZ yang diimport dari Thailand.
6. Design rear end FREED.
7. Boleh beli 2 Proton EXORA (yang jauh lebih besar)
Walaupun aku sempat test-drive Honda FREED, tapi aku tak sempat tulis dalam entri ini. Haha. Tunggu next post!
SOURCE : Photos via Google.com
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!