Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts
Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Kalau Letak Poster Ni Boleh Dapat 19 Juta Viewers Tak?

Astaga, lama gila tak tulis entri gila-gila. Nanti takut orang label Bapak Gila-gila pulak..eh macam bapak gula-gula pulak. Dulu bukan kemain tulis pasal Tiz Zaqyah. Asal ada drama dia je nak tulis entri. Tapi itu zaman banyak masa terluang dulu. Sekarang mana boleh tengok TV sambil taip entri dah.

Oh bai de wei movie Nur Kasih yang dah lamaaaaaaa dok gebang-gebang tu dah nak keluaq dah habaq mai. 19hb Mei 2011, tarikh filem tu ditayangkan. Hmm camne nak tengok wayang ni? Ada budak kecik. Takkan nak tunggu ASTRO First? tak jadi first viewer la camtu. Eh ASTRO pun takde..aaaaa tidaakkkkk......(fade out) (fade in lagu Nur Kasih)

Photobucket



Wednesday, May 5, 2010

Drama Asmaradana Episod Akhir : Akhirnya Tamat Dengan Satu Tembakan Azizah


Drama Asmaradana berakhir sudah. Episod akhir yang sudah dijangka jalan ceritanya. Sangat tipikal. Apa boleh buat, mungkin itu sudah lumrah drama melayu. Amran yang gila menyerang keluarga Azizah lagi. Orang gaji dibunuh, Suami Azizah pun kelihatan terbunuh. Azizah pula tak reti-reti nak telefon polis dan sebagainya. Mendapati Amran ada di dalam bilik anak-anaknya sambil mengacu pistol kepada mereka. Jadi?

Wednesday, April 28, 2010

Kesedihan Maksimum, Sejarah Lama Berulang Lagi!

Aku tak sanggup menghadapi semua ini..

Tak tertanggung kesedihan di hati ini. Aku lansung tidak sangka ia akan terjadi lagi. Sejarah itu berulang lagi. Ini bukan yang pertama kali, jadi aku rasa sangat sedih dan sukar diolah dengan kata-kata.

Maaf kepada semua pembaca FTN, aku gagal menyediakan entri yang enak untuk santapan korang semua. Sementara aku mencari kembali semangat yang hilang (XPDC), korang praktis lah dulu bahasa jepun di segmen Nihongo 101. Mana lah tahu dapat tackle awek Jepun. Kalau ada yang sudi nak exchange link, nanti bolehlah aku update dekat ruangan khas Link Exchange FTN.

Berbalik kepada kisah sedih aku, terus-terang agak berat nak kongsi puncanya, tetapi....

Saturday, April 24, 2010

Kali Ini Betul-betul Tentang Adamaya dan Asmaradana. Rumusan Minggu Ini

Okay. Pertama sekali, maaf sebab aku berniat nak post tentang Adamaya vs Asmaradana tempoh hari, tapi lain pula jadinya. Macamana boleh tertulis tentang Puaka Hip Hop Gunung Raya itu pun aku tak berapa pasti. Mungkin sebab geram tengok muka versi Paper Mache dia.

Siapa tengok Adamaya kelmarin? Dah makin hangat kisah Maya dan Adam. Tak lupa juga mereka sudah ada anak yang comel bernama Amani (lakonan adik Mia Sara). Walaupun mood cerita sedikit terganggu dengan kisah Shazlin dan mamat sape nama ntah serta Stalker comot dia tu. Wah semua orang nak ada stalker, adakah drama-drama TV3 kali ini semuanya bertemakan stalker? Haha.



Wednesday, April 14, 2010

Drama Asmaradana Sudah Masuk Episod 17, Raja Marlia Kena Strok! Azizah Maintain Cool

sekali tulis Asmarada dalam bahasa Jepun pula

Dah lama aku tak cerita tentang drama Asmaradana. Sejak "busy" dengan Lisa Surihani dan Adamaya di waktu petang, aku lupa nak menulis tentang Tiz Zaqyah dan Shaheizy Sam dalam Asmaradana. Dalam episod kali ini, Raja Marlia terkena strok ketika nak pasang sihir pada Azizah. Dia lumpuh separuh badan, dan Azizah sanggup berhenti kerja untuk menjaga mak mertuanya. Banyak shot-shot nak tunjuk betapa gigihnya Azizah menjaga mak mertuanya. Raja Marlia nampak macam menyesal, tapi sebab dah tak boleh cakap, dia sekadar usap-usap rambut Azizah je masa dia tidur. (touching la sangat..)

Tapi ending dia "Assalamualaikum" je..wah wah, nampaknya Azizah dicari Amran lagi!

Norish Karman sebagai Raja Marlia yang kena strok tu


Apa yang pelik sikit dalam episod 17 :
1. Keadaan muka Raja Marlia berubah-ubah ikut shot angle. Kejap mulut ke kiri, pastu ke kanan.
2. Mana anaknya Azizah? Aiman dan Aina..tak nampak batang hidung pun? Masuk tidur pun berdua je
3. Azizah maintain comel walaupun setakat duduk rumah je (eh standard Tiz Zaqyah la tu!)

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Thursday, April 8, 2010

Kenapa Perlu Pulang Ke Rumah Segera Pada Hari Khamis

Oopss..sambut sayang, sambuttt!

Huihs..Pantang sebut malam jumaat, pasti semua terbayang-bayang. Kena pula tengah hujan lebat petang-petang ini. Sejuk aje..Mata pun cepat lena. Oi oi.. kemana tu..

Sebenarnya, kena pulang cepat sebab nak tengok Drama Adamaya di TV3 tu la. Lakonan Lisa Surihani tu. Dia dah nak kena kahwin dengan Adam. Episod semalam dia dah bertunang. Lepas ini tunggu nak kahwin pula. Boyfriend dia pula tak habis-habis dengan aksi kelakar, macam nak menangis tu. Dan ketika kawan Maya pun macam berminat dengan ketampanan Adam. Hehe memang lawak.

Tuesday, April 6, 2010

Jangan Lupa Tonton Lisa Surihani dalam Drama Adamaya di TV3, 6.30 petang nanti!

Drama Terbaru 6.30ptg : Adamaya


Wah, seronok betul. Drama Na O Mei sudah tamat. Episod akhir agak mengelirukan. Aku yakin itu taktik kotor nak buat sambungan. Tapi tidak mengapa. Drama penggantinya lebih hebat! Sebab apa? Sudah tentu sebab heroinnya ialah Lisa Surihani!

Sedikit sinopsis tentang drama Adamaya ini;
Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

Sunday, April 4, 2010

Patutlah Slow Malam Ini, Semua Orang Sibuk Tengok Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian


Malam ini tak guna ping blog, atau promote di twitter. Sebab semua pasti tengah melangut depan TV LCD, TV Plasma, TV kat kedai mamak dan sebagainya kerana menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Jadi trafik blog merundum secara mendadak malam ini. Aku tak kisah sangat. Sebab aku pun sama-sama menonton di TV. Dan ketika aku menulis, artis feberet FTN iaitu Tiz Zaqyah baru saja naik ke pentas menerima anugerah. Kesian dia gugup. Nasib baik Rosyam Nor bijak buat lawak cover line.

Thursday, March 25, 2010

Argh, Macamana Aku Boleh Termiss Drama Asmaradana Semalam!

Tengok! Dah Marah la tu

Ceritanya begini. Aku pulang dari kerja seperti biasa. Dan masih gagal melayari laman GengBlogger. Mungkin masih diselenggara. Tapi tidak mengapa. Aku surf blog-blog kebiasaan aku. Aku layan Aduan Rakyat. Kemudian masa aku mencari ilham untuk posting seterusnya, aku menjadi blur. Seolah-olah berada di alam lain. Aku dengar gelak tawa disekeliling. Lepas itu aku nampak Saiful Apek tengah temubual Sharifah Shahirah. OMAIGAT!!! Ini sudah Jangan Tidur Lagi! Wadehekk meng!!

AKU TERLEPAS DRAMA ASMARADANA LAKONAN TIZ ZAQYAH ITU!!!

p/s : tapi tidak mengapa, youtube dan streaming tv3 boleh tengok lagi..waddebigdeelmeng!

Thursday, March 18, 2010

Thursday Back to Back Drama : Penunggu Gunung Raya dan Asmaradana

Minggu lepas aku miss 1 episod Penunggu Gunung Raya. Tapi nasib baik boleh "catch up" kat TV3 online. Jadi aku sempat nonton sebelum episod ke-5 malam tadi. Bukan main lagi drama ini. Dah makin menjadi-jadi pula seramnya. Dengan scene-scene yang lebih menakutkan.

Keliru juga aku macamana drama ini boleh lepas ditayangkan. Macam dah keterlaluan pula. Dengan babak pemujaan dan sebagainya. Watak-watak seram pula bukan main hebat lagi. Ala-ala campuran horror flick Jepun dan Hollywood.

Ini adik-beradik Damak

Kali ini, Damak sudah muncul. Dalam keadaan seperti Zombie. Siap bawa lastik kayu dia. Azam dan adik-beradiknya sudah mula mengingati kisah mereka ketika kecil. Agak susah nak faham juga jalan ceritanya.

Tapi apapun, make-up memang berjaya dalam drama ini. Rasanya produksi Aliff Firdaus kena belajar sikit dari mereka. Hehehe.


Wednesday, March 17, 2010

Kerana Letih, Maka Aku Akan Round Up Besok

Ya. Kalau waktu-waktu begini, pasti entri mengenai drama lakonan artis "feveret" akan muncul. Tapi tidak malam ini. Kerana aku terlalu letih. Jadi esok sajalah aku rumuskan untuk minggu ini. Mungkin sebab aku boring tengok "reality show" mencari "TOP" host. Aku kurang faham motif lagu berunsur peperangan, ala-ala cerita 2012. Habis "suspense" lah kut.


Tuesday, March 16, 2010

Aku Kesian Kat Azizah, Jadi Aku Tulis Lagi Pasal Asmaradana

So, last week kali terakhir melihat watak Narimah dalam drama Asmaradana (barangkali). Mungkin kalau dia muncul pun, dalam mimpi Aziza kut. Atau dalam bentuk Memey? Tapi seperti dijangka, Azizah akan tinggal bersama keluarga Tengku Malia, Rafeah, Tengku Farouk serta anak-anak angkat dia dalam rumah besar gila yang ada 8 bilik!! (ntah betul ke tidak).

Puteri Sarah sebagai Mimi


Thursday, March 11, 2010

Aku Rasa Letih Nak Tulis Pasal Drama Asmaradana Tapi Sebab Tiz...

NK sebagai Raja Marlia

Sudah 4 episod Asmaradana. Perlahan-lahan jalan cerita sudah boleh dihidu. Watak "kerek" kali ini akan dilakonkan oleh Norish Karman dan Wan Maimunah. Nampaknya watak Rozita Che Wan tamat di episod kali ini. Heroin baik dan cun, Tiz Zaqyah akan tinggal bersama dengan keluarga pakciknya. Terpaksa la dia berdepan dengan mak sedara dan nenek yang anti dengan dia. Kita tengok minggu depan pula.

Wednesday, March 10, 2010

Realiti Show Sangat Predictable

Gimik tetap gimik. Walau macamana sekalipun caranya, realiti show sangat predictable. Kononnya, peserta peringkat akhir (biasanya yang ditayangkan di TV) sudah disaring daripada sessi ujibakat yang diadakan. Tapi bila tiba peringkat akhir, seperti skrip drama, pasti ada beberapa calon yang memang tidak layak. Sekadar memberi variasi dalam barisan peserta.

Teringat Amazing Race. Dalam setiap musim, pasti ada pasangan Gay, couple muda yang sering bergaduh, pasangan Bapak Anak @ Mak Anak, pasangan Nerds dan sebagainya. Ia seperti sudah dirancang. Semua mengejar rating. Itu tugas mereka. Tapi aku yang terpaksa menonton. Walaupun sudah tahu "jalan cerita" nya, terpaksa menonton.

Sebab aku nak tengok Asmaradana!!

Ini Review Pendek Episod Pertama Drama Asmaradana di TV3

Semua sudah tahu drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bermula semalam. Kalau sebelum ini ada Rosyam Nor dan Emelda dalam Nigina, kali ini kita ada Tiz Zaqyah (Weehhuuu!!), Puteri Sarah (sedang PANAS), Iqram Dinzly (petang malam muka dia), Sam (hati berbunga), Mustapha Kamal, N.K, Wan Maimunah, Rozita "One Drop" Che Wan, dan Memey. Aku tak berapa kisah dengan list pelakon yang ramai-ramai ni. Yang kat hujung tu je yang rasanya daya penarik drama kali ini. Haha sungguh kejam.

ASMARADARA?? oh come on! FAIL!!


Tuesday, March 9, 2010

Siapa Yang Tak Sempat Tengok Tiz Zaqyah dalam drama Asmaradana tadi?

Tak sempat tengok?? Haaa tengok la puas-puas kat sini.


Tengok jangan tak tengok. Hah dia tengok balik tuuu!!





p/s : Asmaradana ada potensi jadi top! Sebab ada Tiz Zaqyah! Hahaha!

Related Posts with Thumbnails