Monday, April 5, 2010

Cerita Tentang Perjalanan Blog FTN Sejak 7 Bulan Lalu

Salam kepada para followers FTN, pembaca setia dan silent readers. Entri kali ini dipengaruhi oleh entri daripada Lizarazak. Kisahnya begini, ketika aku mula "mencuba" untuk blog kembali dalam bulan Oktober aku dipengaruhi oleh kejayaan top bloggers dalam Project Alpha seperti Beautiful Nara, Redmummy, Kennysia dan lain-lain. Masa itu aku naif, ingatkan blogging itu mudah. Sekadar tulis dan post. Tapi sebenarnya ia lebih dari itu.


Awal tahun 2010, aku letak widget Alexa di FTN kerana melihatkan ramai blogger pun buat perkara yang sama. Macam-macam nombor aku lihat. Kebanyakkan top bloggers sudah kurang daripada 1 juta ranking. Masa aku mula-mula letak, kalau tak silap blog FTN berada di ranking 3,287,xxx. Aku tak berapa ingat yang belakang tu. Hampir 2 bulan nombor itu tidak banyak berubah sehinggalah aku mendapat semangat baru apabila aku join Bloggers Gathering di Rawang awal bulan Mac.

Lepas membaca entri di Lizarazak, aku pun gatal tangan nak periksa Alexa rank blog FTN. Seriously aku terkejut. Kerana aku lansung tidak sangka nombor sudah berubah dan terbaru seperti screenshoot di bawah :


Betul ke ranking Alexa ini? Macamana dia generate? Aku pun kurang pasti. Mungkin segala tips yang aku cuba di blog ini membuahkan hasil. Walaupun hasrat nak tengok earning Nuffnang aku meningkat tidak tercapai lagi (cek pertama pun tak tentu bila boleh dapat), tapi seronok bila mengetahui blog FTN makin meningkat rankingnya. Harap-harap ini bukan tektik Alexa nak hangitkan aku atau lawak april fool.

Lepas tengok Alexa, aku periksa pula PR rank untuk FTN. Wah, sudah ada 1 angka! Sebelum ini asyik 0 saja. Aku pun masih belajar cara-cara nak naikkan PR. Tengok rakan-rakan bloggers lain ada yang sudah PR3, 4 dan sebagainya. Macam Lizarazak dan Ariffshah. Mungkin kena ada Dot Com sendiri baru boleh cepat naik PR barangkali. Apakah ada kaitan antara Alexa Rank dengan PR rank? Boleh sesiapa terangkan?


Apa pun, aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melawat dan berhibur di blog tak seberapa dari aku ini. Entri ini bukan bertujuan yang tidak baik, sekadar nak menceritakan perjalanan blogger baru macam aku. FTN masih jauh beribu batu kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger tegar lain. Tapi aku tetap terhutang budi dengan kesudiaan mereka berkongsi tips untuk dipraktikkan oleh blogger-blogger baru seperti aku. So hasil daripada tips-tips tu diterjemahkan dalam Alexa ranking dan PR rank yang seketul tu.

Objektif seterusnya, tingkat PR rank, dan Alexa rank di bawah 1 juta dalam masa sebulan dari sekarang!

Related Posts with Thumbnails