Thursday, July 1, 2010

I wanna be The Sorcerer’s Apprentice

Kalaulah aku berpeluang, aku nak jadi The Sorcerer's Apprentice. Kalau korang tak faham apa maksud apprentice, senang kata Protege lah. Sorcerer tu jadi Mentor aku. Haaa faham dah? Okay nice. Jadi apa aku nak buat kalau aku berjaya jadi the sorcerer's apprentice? Uihh banyak weh. 

Bila dah berguru dengan ahli sihir, mestilah aku ada power. Bukan takat pistol berapi, atau pedang letrik macam Power Rangers, ini lebih mantap weh. Jangan kata tembak bola api dari tangan, celah hidung, celah ketiak, semua boleh keluar bola api. Jadi jangan bikin panas dengan aku, aku tembak kiri kanan depan belakang nanti. Haha

mungkin exception pada mereka-mereka ini saja

Kalau aku diberi pilihan, aku nak ada kuasa untuk hilangkan semua Vuvuzela yang ada di South Africa. Sebab bising nak mampus mengganggu aku nak tengok siaran lansung bola sepak di TV. Siapa tiup je Vuvuzela aku petik jari, terus meletup Vuvuzela tu. Sebagai bonus, bengkak mulut orang yang tiup Vuvuzela itu. Oh ya, power aku sangat hebat, bukan takat South Africa saja, di mana-mana dunia ni kalau tiup je meletup terus! Aman dunia!


dah banyak kali tengok trailer, tak sabar nak tengok movie ni


Ingat..jangan tiup Vuvuzela masa final World Cup nanti. Aku nak dengar orang jerit gol tau. Bukan bunyi lebah mengawan. No no no!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails