Tuesday, July 13, 2010

Pengumuman Pengumuman : New XBOX 360 Slim

Nasib baik aku beli XBOX360, baik sambar yang baru terus!

Secara serius, aku dah lama tak mengikuti perkembangan XBOX. XBOX pertama aku beli ketika 2003. Sebaik saja aku jejak ke Jepun, dapat TV besau..aku kayuh basikal ke kedai game dan beli XBOX (1st edition). Lepas itu mod di Malaysia, sampailah rosak 2 tahun kemudian atas sebab-sebab tertentu.

Hajat nak beli XBOX360 memang memuncak. Tapi bila Nintendo Wii muncul di pasaran Jepun, aku terus sambar satu dan sangatlah fun main bersama kawan-kawan. Walaupun game tidak sehebat XBOX360 tetapi level of FUN tahap 12, menyebabkan jualan Nintendo sangat laris ketika itu. Aku terus main Wii sampailah sekarang di rumah, macam orang sawan dok hayun controller dan nunchak main game Mario, Wario, Tennis, Olympics dan lain-lain.

Okay, Aku tak sampai segila ini. 

Sehinggalah semalam. Sekian lama aku tak follow-up cerita tentang XBOX, betapa ketinggalannya aku bila dapat tahu sudah ada satu lagi versi baru XBOX iaitu XBOX360 slim. Harga masih sama seperti dulu dan bakal dilancarkan beberapa hari lagi.

Dengan selamba aku senaraikan pembaharuan pada XBOX360 slim ini

1. Bentuk baru - sangat sexy, sleek, warna hitam gloss. Lebih kecil dari XBOX360.
2. Butang touch sensitive - boleh on/off XBOX atau eject disc dengan hanya menyentuh/swipe jari.
3. Lebih senyap - sistem baru yang lebih senyap ketika bermain DVD disc atau layari Hardrive.
4. Built-in WIFI - 802.11n Wi-Fi built-in. Senang untuk connect ke XBOX Live.
5. Storage - Hardrive 250gb, dan boleh swap kepada hardrive saiz lebih besar dengan mudah.
6. Kinect-ready - Ini satu lagi kehebatan XBOX baru, port untuk Kinect (nanti aku cerita) sudah sedia ada.
7. USB slot - ada 5 kesemuanya. 3 belakang, 2 di depan.
8. AV connections - standard TV connection, HDMI port, optical audio out port.
9. Power supply - lebih kecil dan efficient dari yang sebelumnya.
10. Controller - wireless controller
11. Backward compatible - accessories/games dari model terdahulu boleh dimainkan pada XBOX360 Slim yang baru.

slim bukan? Lebih sexy dari Fasha Sanda
Lebih hot dari Megan Fox
(photo credit to engadget.com)

Price? Since di US berharga $299, dan sama dengan harga model sebelumnya, aku ramal di Malaysia mungkin berharga lingkungan RM1300~RM1500 kut.

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

3 feedbacks:

Jard The Great said...

wow! belikan aku satu!

honey amour said...

canggih manggih gak benda nih..

Ken Wooi said...

cool.. but i've never owned a modern game console before.. lol =P

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails