Thursday, July 1, 2010

Lagu Aizdean dengan Iringan Vuvuzela

Aizdean
(source here)


Aizdean. Satu nama yang makin meningkat popular dalam carian web di Malaysia. Sebab apa? Sebab dia seorang rakyat Malaysia yang berjaya mencipta nama di Jepun. Aku rasa tak ada lagi penyanyi dari Malaysia yang menjadi recording artist di Jepun. Aizdean dah kira mencipta rekod la nih. Aku terbaca tentang Aizdean beberapa hari sebelum keluar dalam suratkhabar. Ada di satu blog, kalau tak silap aku student Jepun gak.

Aku kaji punya kaji, sekali betullahh..Aizdean ni budak Malaysia weh! Lagu nyanyian Aizdean sudah didownload sebanyak 30,000 ribu kali kalau tak silap. Memang market "chaku-uta" kat Jepun tu hangat. Pantas je minah-minah Jepun tu download. Semua tu berbayar pulak. Tak mainlah curi-curi letak kat phone. Haha.

Lepas mendengar lagu "Mou Ichido", aku secara peribadi rasa ada unsur-unsur Exile yang best dalam lagu tu. Suara Aizdean pun best, dan kelebihan pada Aizdean berbanding kebanyakan artis Jepun ialah...sebutan English yang baik. Selalunya orang Jepun nyanyi mengada-ngada nak selit English words sebutir dua, tapi sebutan hancus (kecuali Kimura Takuya, Katori Shingo etc lah)

Apa pun, tahniah kepada Aizdean. Khabarnya sedang bercuti di Malaysia. Makanlah puas-puas segala macam nasi lemak semua tu. Bila pulang ke Jepun nanti harapnya dapat menaikkan nama Malaysia. Jaga la pemakanan, dan peminuman anda yer. Dunia entertainment di Jepun memang tough. Budak-budak study di Jepun sure faham, lifestyle artist dia sana sangat tough, mencabar dan banyak sangat fomaliti yang kena ikut.

Aizdeanさん、日本でがんばってください!!


Lagu 「もう一度...」- Aizdean (short ver.)
[ada version vuvuzela juga]

tekan dan dengar Aizdean dengan iringan vuvuzela!! Haha
(kena lihat video di website youtube)


+ + + + + + +



tengok interview Aizdean. Gila pera-pera Nihongo dia. Aku jeles betul tengok orang asing yang boleh berbahasa Jepun dengan fluent nih..hebat!! Tabik gila.

+ + + + + + +


1 feedbacks:

Yiedpozi said...

dah tau dah pasal button vuvuzela kat youtube...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails