Monday, July 26, 2010

Drama Bersiri 8 Bulan di TV3 - Rashidi Ishak dan Vanida Imran

Watak utama dalam drama 8 Bulan - Vanida dan Rashidi

Satu drama bertajuk 8 Bulan yang ditaja oleh HSBC Amanah akan mula ditayangkan di TV3 mulai 25 Julai (hari ini) jam 10.30 malam. Mengisahkan tentang Linda lakonan Vanida Imran seorang Pengurus Kanan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi dari suaminya, Faizal lakonan Rashidi Ishak. Kehidupan mereka berubah serta-merta apabila Linda disahkan mengandung anak sulung. 

Dalam drama ini, kita boleh mendapat tips dan perancangan kewangan berlandaskan prinsip Syariah yang dibawa khas oleh HSBC Amanah. Lebih mudah untuk difahamkan apabila dibawa dalam bentuk drama seperti ini. Disamping berhibur dengan drama, kita dapat juga maklumat tentang kewangan, percuma pula tu! Aku pasti nak ikuti siri ini. Mana tau ada maklumat-maklumat penting tentang kewangan yang kita tak tahu. Apa benda yang 8 bulan? Yang pasti kena tonton drama ini baru tau jawapannya.

Team produksi 8 bulan ketika majlis perasmian di Bangsar

Teruskan membaca untuk sinopsis Drama 8 Bulan di TV3




Sinopsis drama bersiri "8 Bulan"
Linda seorang yang obsesif-kompulsif, tegas dalam pendiriannya dan tahu apa yang dimahukan. Berbeza sekali dari Faizal.

Faizal seorang yang suka bersahaja. Hobinya mengumpul barangan mainan robot. Namun begitu, mereka pasangan yang memang padan, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan sendiri.

Bertugas di pejabat yang sama, Linda memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran. Faizal pula, meskipun lebih cenderung kepada perniagaan, hanya bergelar pereka grafik.

Sebagai seorang wanita yang pentingkan kerjaya, Linda tidak mahu menjadi seperti kakaknya, Nisa. Nisa telah berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dua orang anaknya.

Seringkali mendengar aduan Nisa tentang anak-anaknya yang sukar dikawal, Linda berterima kasih dia tidak mempunyai cahaya mata. Berlainan pula Faizal, yang memang mendambakan seorang anak.

Kerjaya Linda mencatat satu lagi peningkatan apabila dia diberi peluang untuk menggantikan tempat seorang pengurus kanan yang sarat mengandung, dan akan berhenti kerja tidak lama lagi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagaimanapun, kegembiraan Linda tidak berpanjangan bila disahkan mengandung. Ini kerana bos-nya tidak menyukai wanita mengandung bekerja di syarikatnya.

SOURCE : Fan Page 8 Bulan, Laman web 8 Bulan TV3

P/S : Pasti nak ikut drama ini. Vanida dan Rashidi tu sweet couple, mesti cerita ini pun sweet juga..Hehe

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

3 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

suka shida and Vee.ingatkkan dah tayang minggu lepas.hee

maslinamansor said...

harap2 best...

FTN said...

best jugak drama tu. rashidi klakar betul dengan tabiat main robot dia.

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails