Sunday, July 25, 2010

Honda Accord "Limited Edition"?

Biasanya kita rasa teruja bila memiliki kereta "special edition" sesuatu model. Ini semua adalah marketing strategy untuk menarik minat customer di samping mengekalkan penguasaan market. Di Malaysia ini syarikat automotif memang giat mengeluarkan special edition, misalnya :
PROTON dengan model PROTON Saga Special Edition

PERODUA dengan PERODUA Myvi Special Edition


TOYOTA dengan TOYOTA Vios TRD Sportivo

+ + + + + + +

Tetapi malang buat seorang pemilik kereta kerana kereta beliau walaupun kelihatan seperti special edition, ia special edition dalam erti yang negatif. Jess Ross yang membeli sebuah kereta HONDA Accord baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati beliau dengan kualiti kereta berharga lebih RM140 ribu dengan satu cara yang sangat menarik perhatian ramai. 

Lihat sajalah gambar-gambar berikut. Jess mengambil tindakan berani dengan "menghias" kereta beliau dan memandu ke pusat servis HONDA tempat beliau membeli kereta tersebut. Kereta yang baru dibeli 15 bulan itu mengalami pelbagai masalah (boleh rujuk pada tulisan di kereta tersebut). Walaupun sudah dihantar untuk pemeriksaan berkali-kali, Jess mendapati kereta tersebut masih bermasalah dan pernah hampir membahayakan nyawanya apabila brek gagal berfungsi di tengah jalan.

"My HONDA Tak Guna"



Jess Ross di hadapan pusat servis HONDA


[semua gambar milik Jess Ross - diperoleh dari carian google]

Tindakan berani Jess mendapat perhatian pelbagai pihak dan juga disiarkan dalam akhbar Malay Mail. Gambar-gambar kereta ini juga disiarkan di laman Facebook beliau. Pastinya kejadian ini akan memberi kesan kepada reputasi syarikat automotif terkenal seperti HONDA. Dengarnya peguam HONDA Malaysia sudah menghantar legal notice kepada Jess Ross dengan amaran bakal berdepan tindakan saman akibat defamation.

Personally pada pendapat aku, HONDA patut take responsibility atas kejadian ini. Kes-kes defect pada kereta bukan mustahil. Dalam mass production pasti ada satu kereta yang membawa masalah. Biasalah human error boleh berlaku terutamanya ketika pemasangan komponen. Sepatutnya HONDA terus menggantikan kereta tersebut secara total jika mendapati ia benar-benar bermasalah walaupun sudah berkali-kali di hantar ke pusat servis. After all, Jess adalah seorang pengguna yang membayar RM140 ribu untuk sebiji kereta. Beliau patut diberikan kereta yang setaraf dengan nilai wang yang dibayar, bukan kereta yang penuh dengan defect. Tak gitu?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

1 feedbacks:

Lily said...

Tabik spring sama Jess Ross (:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails