Showing posts with label Sorcerer's Apprentice. Show all posts
Showing posts with label Sorcerer's Apprentice. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Review Penuh Spoiler The Sorcerer's Apprentice


Ok. setelah sibuk bekerja di sebelah pagi. aku akhirnya ada sedikit masa nak selesaikan review movie paling dasyat setakat ini (dalam sejarah blog FTN - hah macamlah rajin buat review). Movie yang menjadi mangsa, semestinya yang baru ditonton semalam iaitu The Sorcerer's Apprentice. Terima kasih kepada Nuffnang (peh macam iklan penaja pula)

Sebelum itu, keadaan cuaca hujan dan lebat menyebabkan aku tiba agak lewat di One Utama. Parking pun jauh nun di hulu banat old wing, memaksa aku menapak agak jauh ke GSC. Selesai maghrib, aku terkejut tengok tiada seorang pun yang beratur kat meja Nuffnang, padahal jam sudah hampir pukul 8pm. Lepas dapat tiket, aku terus beredar nak cari makanan untuk dinner. A&W is the nearest fast food, dan tak sangka pemilihan itu menyebabkan aku menyirap semalaman. It's the slowest Fast Food Restaurant ever! And the workers didn't even bother to apologize for their mistake.

+ + + + + + +

About the movie, kalau korang rasa nak pergi tengok better jangan baca review ini. Penuh dengan spoiler tau. Disebabkan kemarahan aku pada A&W, movie ini menjadi mangsa. Ok, selepas tengok trailer berkali-kali sebelum ini, semestinya aku expect satu movie yang gempak dan macho habis with a bit of humour (nama pun Disney). Tapi seperti biasa, indah khabar dari rupa (except Monica Belucci, and Teresa Palmer). Lebih menyakitkan hati, watak Dave rupanya jelmaan Steve Urkel dari sitcom Family Matters. Tak percaya? Percayalah. Aku menyampah dengan Hero yang mempunyai suara dan gaya cakap sejiban dengan mamat spek mata besar ini.

Jalan cerita, typical Disney adventure movie. Unsur magikal, betrayal, cinta, and lot's of nerd stuff. Main plot ialah Balthazar yang merantau bertahun-tahun nak mencari waris kepada Merlin, iaitu the Prime Merlinian. Prime Merlinian saja yang boleh tewaskan orang jahat Morgana. Bila dah jumpa, dia ambil sebagai apprentice, dan bermulalah cerita training mereka sambil diganggu oleh Horvath yang nak merampas kembali Grimlock yang menyimpan Morgana. 

At times, aku ingat aku tengok cerita Spiderman pula, sebab villainnya pelakon Dr. Octopus tu plus hero nerd dapat awek cun selepas menjadi power (sorcerer's apprentice). Ada ala-ala cerita Transformers, Enchanted versi lelaki pula tu. Ah dem, aku cuma syok time car chase antara Balthazar dan Horvath. Balaci Horvath, Drake Stone macam pelawak Senario dalam movie ni, tapi pelawak yang penuh dengan tatoo dan kuku cat itam. Lagu One Republic - Secrets bape banyak kali repeat dalam cerita ini, sebab itu tanda pertemuan cinta Steve Urkel dan Awek hot Becky (gila nama nerd habis). Ending predictable gila, tapi aku tak nak cerita. Nanti jualan tiket Sorcerer's Apprentice jatuh. 

Aku conclude review aku dalam bentuk Graf macam report Sains tingkatan 4

+ + + + + + +

2/5 Stars for The Sorcerer's Apprentice
1 for Monica Belucci, and 1 for Teresa Palmer

The only reason to watch this movie is this babe. 
Eventhough muncul untuk beberapa babak saja. 


p/s : Lain orang lain taste, bagi aku Sorcerer's Apprentice biasa-biasa saja.

p/s, I love u : next week tengok Salt pula! Angelina Jolie tuh..Wohoo, thanks Nuffnang!

Blogges Bertuah Minggu Ini

Awek hot disponsor oleh Google.com



Tahniah kerana menjadi sebahagian daripada pembaca blog FTN. Kunjungan anda memberi seribu makna kepada aku. Tak kisahlah sekadar singgah paste ayat di shoutbox, baca entry aku dan komen, atau copy artikel/gambar/penulisan dari blog ini sekalipun. Anda tetap dikira pemenang! Aku sehabis baik akan cuba lawati blog korang juga. Jangan risau.

+ + + + + + +

Nantikan review paling dasyat aku pernah buat, dan semestinya korang dah tau Movie yang bernasib malang itu adalah...


Jeng, jeng..jengggggg

Tuesday, July 20, 2010

Tengok Movie : Sorcerer's Apprentice

Macam Rasengan je aku tengok..ciplak ka woi

Malam ini satu lagi peluang menonton wayang secara percuma terima kasih kepada Nuffnang. Ini semua hasil entri gampang ini yang mendapat tempat di hati mereka. Filem yang menjadi mangsa malam ini ialah The Sorcerer's Apprentice lakonan pakcik Nicholas Cage. Tapi kalau perasan kat poster tu tulis "In Cinemas 22 July"...bermakna aku tengok 2 hari awal daripada jiran sebelah rumah aku! Wah..sungguh syok. Terima kasih to Nuffnang kerana bermurah hati memberi invitation ini. Jimat duit aku tak yah beli tiket wayang dah. Terima kasih juga kepada Vuvuzela dan World Cup 2010 kerana memberi idea untuk aku buat entri gampang tu.

Jom ke One Utama! Bukan Mid Valley tau!


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Thursday, July 1, 2010

I wanna be The Sorcerer’s Apprentice

Kalaulah aku berpeluang, aku nak jadi The Sorcerer's Apprentice. Kalau korang tak faham apa maksud apprentice, senang kata Protege lah. Sorcerer tu jadi Mentor aku. Haaa faham dah? Okay nice. Jadi apa aku nak buat kalau aku berjaya jadi the sorcerer's apprentice? Uihh banyak weh. 

Bila dah berguru dengan ahli sihir, mestilah aku ada power. Bukan takat pistol berapi, atau pedang letrik macam Power Rangers, ini lebih mantap weh. Jangan kata tembak bola api dari tangan, celah hidung, celah ketiak, semua boleh keluar bola api. Jadi jangan bikin panas dengan aku, aku tembak kiri kanan depan belakang nanti. Haha

mungkin exception pada mereka-mereka ini saja

Kalau aku diberi pilihan, aku nak ada kuasa untuk hilangkan semua Vuvuzela yang ada di South Africa. Sebab bising nak mampus mengganggu aku nak tengok siaran lansung bola sepak di TV. Siapa tiup je Vuvuzela aku petik jari, terus meletup Vuvuzela tu. Sebagai bonus, bengkak mulut orang yang tiup Vuvuzela itu. Oh ya, power aku sangat hebat, bukan takat South Africa saja, di mana-mana dunia ni kalau tiup je meletup terus! Aman dunia!


dah banyak kali tengok trailer, tak sabar nak tengok movie ni


Ingat..jangan tiup Vuvuzela masa final World Cup nanti. Aku nak dengar orang jerit gol tau. Bukan bunyi lebah mengawan. No no no!

Related Posts with Thumbnails