Monday, July 5, 2010

My Water Moments

Sejak tahun 2003, aku ketagih dengan satu hobi baru iaitu Fotografi. Secara automatik, hobi ini memerlukan sejenis alat yang dicipta pada tahun 1978 iaitu kamera digital, atau ada juga yang menggelarkannya Digital Point and Shoot Camera (PnS). Kalau tak silap aku kamera digital PnS yang pertama dicipta oleh Konica.

Kamera pertama aku ialah Sony Cybershot P10 yang dibeli dengan duit hasil kerja part-time tahun pertama aku di Jepun. Bila hobi mengambil gambar, sudah tentu aku perlukan sebuah kamera yang mobile, tahan lasak, resolusi tinggi dan memiliki bateri yang lama. Kamera Sony Cybershot P10 aku bertahan hanya 3 tahun, mungkin kerana ia tidak tahan lasak, al-maklumlah aku gunakan bawa kamera itu merata-rata tak kira cuaca.


Jadi tidak mustahil kamera itu cepat merajuk. Pernah jatuh ketika main snowboarding di Togakushi, basah akibat ambil gambar di kaki air terjun Suzaka dan macam-macam lagi situasi yang betul-betul tough pada sebuah digital kamera.

kamikaze guna kamera dalam sajli tebal, habis basah kamera 

Semua ini mungkin tidak menjadi masalah dengan model kamera terbaru dari SONY iaitu Cyber-shot TX5. Thanks to iklan-iklan Nuffnang yang beri info tentang kamera terbaru ini. Aku mungkin tidak akan rasa risau sekiranya membawa kamera Cyber-shot TX5 sambil bermain snowboard, atau pergi berkelah di tepi air terjun, atau mungkin jalan-jalan ambil gambar waktu malam di I-City. Ini kerana semua ciri-ciri menarik yang terdapat pada kamera Cyber-shot TX5 seperti :








Dengan adanya ciri-ciri tersebut, tiada lagi gambar blur aku terutamanya moment-moment penting seperti berlatar belakangkan resort ski cantik. Dan aku tidak gusar lagi menanti hari hujan renyai, atau bergambar di tepi kolam, sungai, laut, tepi air terjun dan sebagainya yang berunsur air. Menarik juga kalau dibawa ke Universal Studios Singapore nanti..hehe (bila lah tu kan?)

Semoga kejadian gambar blur tidak berlaku lagi

Tak perlu risau nak tunggu hujan reda untuk fotografi

Sebenarnya sebuah kamera PnS compact amat penting. Tak guna memiliki kamera professional DSLR kalau tak larat nak heret kemana saja kita pergi. Al-maklumlah saiznya besar, berat pula tu. Lens perlu bertukar ganti mengikut situasi. Dan paling penting, tidak water-proof, dan shock-proof. Mungkin ya, tapi terhad kepada kamera professional yang berharga berpuluh ribu ringgit. Itu sudah pasti No-No to Me! Jadi sebuah kamera yang all-rounder macam SONY Cyber-shot TX5 sudah pasti menjadi rakan baik kepada peminat fotografi. It's all about the moment, and to capture the moment. Sebab itu aku perlukan sebuah kamera sehebat Cyber-shot TX5. Apatah lagi kamera kalis air yang ternipis di dunia!

Lebih banyak lagi ciri-ciri hebat kamera SONY Cyber-shot TX5. Boleh layari laman web rasmi Cyber-shot TX5 SONY Malaysia untuk maklumat lanjut tentang kehebatan kamera terbaru ini. Kat situ boleh juga dapatkan harga model-model kamera SONY.

Seronoknya kalau ada compact camera yang hebat. Itu sudah pasti. Siapa saja tidak gembira kan? Lebih mudah aku nak shoot bila join event-event Nuffnang selepas ini. Tak perlu heret kamera besar yang berat.

+ + + + + + +


Semua ciri-ciri gempak SONY Cyber-shot TX5 dirumuskan dalam TVC
yang cun ni. HD weh, HD!


contoh rakaman video waktu malam dengan TX5 (kredit to video owner)
Kamera TX5 juga boleh merakam video pada resolusi 720p
1280 x 720, 29.97fps, Approx. 6Mbps

5 feedbacks:

AJ said...

entry yang menarik.....love it...good luck....

AJ said...

P/s :tahniah, 2 GTO Pointz milik anda...

FTN said...

thanks bro..hehe saje cuba nasib. last minit entry :D

yezza dapat points dari GTO!

firahadifa said...

wehhh ko pangkah muka edward cullen akuh?!

chaitttt

FTN said...

hahaha sebab dia tak relevan!! harus dipangkah! hahahaha

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails