Wednesday, July 7, 2010

Semi-Finals Result Netherlands vs Uruguay : 3-2




Netherlands vs Uruguay
[3-2]
NED | Van Bronckhorst (18'), Sneijder (70'), Robben (73')
URU | Forlan (41'), Pereira (90')

Live 2.52am :
Semi Finals 1 antara Netherlands dan Uruguay. Oranje menguasai perlawanan, dan gol pertama tiba minit ke-18 hasil rembatan jarak jauh dari Van Bronckhorst dari arah kanan pintu gol. Antara calon gol tercantik World Cup setakat ini.

Live 3.10am :
Uruguay menyamakan kedudukan menerusi rembatan Forlan pada minit ke-41. Rembatan dari tengah gol gagal ditampan Stekelenburg. Perlawanan seimbang. Kedua-dua pasukan bergilir-gilir membalas serangan.

Live 3.55am :
Sneijder mengembalikan advantage kepada Netherlands apabila sepakannya dalam kotak penalti menerjah gawang gol selepas serangan bertali arus. Sebelum itu Van Der Vaart hampir menjaringkan gol, tetapi rembatannya ditampan Muslera. Netherlands mendahului 2-1.

Live 3.58am :
Arjen Robben menanduk bola ke dalam gawang untuk gol ke-3 Netherlands. Final pasti milik Netherlands. Dua gol dalam masa 3 minit! Robben sekali lagi menjadi pemusnah! Netherlands semakin menekan Uruguay.

Live 4.17am
Uruguay menjaringkan gol untuk merapatkan jurang 3-2. Satu set piece cantik dan curling shot dari Pereira menewaskan Stekelenburg. Satu serangan tidak dijangka daripada Uruguay.

Full time :
Netherlands akan ke Finals World Cup 2010!! Selepas menewaskan Uruguay 3-2

Robben in action
(photo source soccernet.com)

Gol dari Van Bronckhorst minit ke-18
(photo source soccernet.com)

Kegembiraan Forlan tak bertahan lama
(photo source soccernet.com)



1 feedbacks:

Sharinginfoz said...

apa lagi belanda dengan germany final nanti

Hadiah From Chiang Mai, Thailand

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails