Selamat hari Ahad. Hari beristerirehat..(hehe yang ada isteri boleh rehat-rehat dengan isteri), kalau yang solo..istirehat je lah. Agak lewat aku update blog hari ini. Hari bermalasan. Idea pun kurang. Cuaca pun mendung. Kalau zaman sekolah dulu, budak-budak kata mandom sungguh perjalanan hari ini.
Disebabkan ketandusan idea yang biasanya berlaku di hujung minggu, aku rasa nak post something tentang industri automotif. Since aku bekerja dalam bidang itu dan aku gemar membaca dan melayari website yang berkaitan, apa kata aku dedicate weekends aku untuk berkongsi cerita-cerita automotif. So untuk hari ini, mungkin akan ada 1-2 entri tentang automotif.
First up, apa yang aku nak share ini bermula dari artikel di bawah ini yang aku baca dari Mingguan Malaysia. Ia cumalah artikel biasa mengenai perkembangan PROTON di Indonesia, tetapi apa yang tertulis dalam petak merah itu menarik perhatian aku...
Di Indonesia sekarang sedang berlansung Indonesia International Motor Show 2010, di mana sebanyak 203 syarikat menyertai dan PROTON adalah salah satu daripanya. Bersempena pameran itu, PROTON turut mempamerkan versi khas MPV Exora untuk pasaran Indonesia iaitu PROTON Exora President. Jadi aku pun excited, sebab aku tak tahu pun ada variant seperti itu. Aku pun search untuk cari maklumat untuk dikongsi. Dan ini antara hasil carian.
Wajah Exora President - Front skirt berbeza dengan Exora MC
Pandangan sisi, ada wide bodykit di Fenders dan Sport Rim 17"
Menurut maklumat yang aku perolehi dari satu forum automotif Indonesia, spesifikasi PROTON Exora President adalah seperti berikut :
1. Variant Mewah untuk Exora
2. Center/Rear Pillars berlapis carbon fibre
3. Door visors, Front skirt, Side skirt, Fender Arch, Rear Skirt, Spoiler, Headlamp eyelid
4. Sport Rim K-Speed 17"
5. 4 tempat duduk eksklusif dengan fabrik kulit
6. Interior mewah dengan trim kayu blackwood di bahagian dashboard
7. TV flat 19", lengkap dengan sistem audio, amplifier dan subwoofer
Semua maklumat ini dipetik dari Majalah Mobil Motor Edisi terbaru. Namun spesifikasi actual model khas Exora President ini masih tidak diketahui. Pada pendapat aku, melihatkan spesifikasi di atas, ia mungkin mengambil konsep Exora Prestige yang dipamerkan ketika perlancaran Exora di KLCC dulu.
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
3 feedbacks:
huhu...pesal aku x tau bout bende nie??.
haha aku pun baru tau..
rasanya sama macam Exora Prime..
cuma kat Indon takde Prime Minister..
jadi lah President..hehe
:O
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan