Kan ke comel gitu Lisa?
Lama tak cerita tentang selebriti pujaan ramai Lisa Surihani. Sejak drama Adamaya yang Meletup Kebabom hari tu, dah tak ada cerita tentang Lisa kat blog ini. Kebetulan hari ini aku cuti akibat tindakan mengisi borang cuti minggu lepas. Jadi sempat aku surf internet dengan jayanya dan terjumpa drama Tudung Ekspress. Nak tengok kat setiap Khamis jam 9.30 di Astro Prima mana lah aku ada Astro. Baru ada 2 episod kalau tak salah aku. Since Lisa Surihani ada berlakon, aku pun tengoklah secara online.
Drama ini terang-terangan ditaja oleh Garnier. Macam gaya drama KITA tajaan Kotex Carefree tu. Watak Lisa iaitu Erin memang klakar gila. Lawak dia dah makin menjadi, dan lebih berkesan kalau banding dengan lawak Senario tu. Lisa pula dah pandai main mimik muka comel sambil buat lawak. Walaupun drama pendek, 30minit tiap episod rasanya berbaloi dapat tengok Lisa menceriakan jalan cerita Tudung Ekspress.
Cuma harap-harap yang bertudung tu berkekalanlah. Walaupun ini berlakon, semoga ia mempercepatkan hati mereka menerima tudung. Comel je tengok keempat-empat watak utama dengan tudung.
Lisa yang membawakan watak Erin, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya. Seperti remaja lain dia tidak terlepas dengan masalah cinta kerana diintai oleh seorang jejaka yang meminatinya. Pada saya, watak Erin agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dijayakan oleh Lisa kerana ianya agak kelam kabut, kelakar dan dalam masa yang sama ambil berat mengenai rakan-rakannya.
Julia membawakan watak sebagai seorang ibu bekerjaya. Dilema yang dihadapi pula adalah kerana sikapnya yang sangat mementingkan kesempurnaan. Linda membawakan watak sebagai Del, seorang wanita muda yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Keadaan itu menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah.
Chermaine pula memainkan watak sebagai Mei iaitu seorang saudara Islam baru, dan berdepan dengan masalah penerimaan keluarga terhadap agama yang menjadi pilihannya," kata Faisal yang optimis drama tersebut akan disukai ramai apabila ditayangkan kelak.p/s : Kalau tak silap, nama Khabir Bhatia pun ada dalam produksi drama Tudung Ekpress ni..
2 feedbacks:
nak tengok oh! peminat fanatik nie!
yang scha blakon tu carefree yang tajaaa
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan